Siapa sangka dengan penggunaan kosa kata yang teratur serta ton suara yang bagus ketika pengumuman di dalam kapal terbang mampu membuat seseorang ketagih kepadanya?
Seorang lelaki dari Indonesia berkongsi bagaimana dirinya sangat mendambakan saat pengumuman di dalam kapal terbang oleh pramugari atau pramugara sewaktu menaiki kapal terbang dari Malaysia.
“Bahagian paling candu sewaktu naik kapal terbang dari Malaysia adalah ketika mendarat dan dengar ‘Tuan dan puan-puan’. Apatah lagi kalau Malaysia Airlines, ada tambahan ‘dan adik-adaik sekali’ ketagih sangat”, tulisnya pada video.
Turut disertakan bersama video, yang mana rakaman ketika pengumuman sewaktu mendarat di dalam pesawat AirAsia dan Malaysia Airlines.
Kedengaran suara yang cukup lunak serta susunan ayat yang bagus ternyata mampu membuatkan penumpang dari Indonesia ini merasa ketagihan untuk mendengarnya. Apatah lagi apabila ada yang siap berpantun sekaligus membuatkan dia merasa gembira dan geli hati.
@momochtaufik Part paling candu pas naik maskapai asal Malaysia adalah ketika landing dan denger ‘Tuan tuan dan puan puan’😆 Apalagi kalo Malaysia Airlines, ada tambahan ‘dan adik adik sekalian’ wkwk candu banget😆😆
Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen sangat faham dengan reaksi lelaki tersebut dan turut bersetuju bahawa pengumuman dari pesawat Malaysia memiliki keunikan tersendiri dan sangat diminati ramai.
Buat netizen tempatan, mereka bertambah tersentuh apabila di dalam pengumuman ada menyebut selamat pulang ke tanah air buat warganegara.