Sejak semalam tular satu rakaman video CCTV yang merakam situasi misteri di kawasan tempat letak kereta.

Menerusi video berdurasi hampir dua minit, terdapat sebuah Toyota Vellfire datang parkir bersebelahan sebuah Perodua Alza.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Tidak lama kemudian, datang pemandu Alza datang menghampiri keretanya.

Dia kemudian berdiri di hadapan MPV itu, lalu mengangkat tangan kanan ke arah kenderaan tersebut.

Walaupun tayar tidak bergerak, namun MPV itu mengundur ke belakang dengan sendiri.

Pada awalnya ramai yang terkejut melihat video tersebut. Namun selepas menonton beberapa kali, ramai menyatakan video tersebut telah disunting.

Antara perkara pelik yang diutarakan oleh warganet adalah jarak tempoh antara pemandu parking Vellfire dengan pemandu Alza datang ke kereta tidak sampai satu minit — netizen pertikai boleh saja pemandu Alza panggil pemandu Vellfire untuk alihkan kereta.

'Ini Pakai Ilmu Ke Edit?' – Lelaki Buat Vellfire 'Double Park' Bergerak Sendiri Undang Pertikaian Ramai
Sumber Gambar: X.com @mhmmdhsm

Kemudian, warganet mendapati tayar hadapan Vellfire itu menjadi besar selepas ‘dialihkan’ pemandu Alza terbabit — “nampak sangat edit,” kata netizen

Pada masa sama ramai tidak menolak, behind the scene video tersebut terdapat seorang lagi di dalam kereta Vellfire untuk mengundur.

Kemudian ‘tukang edit’ memperkemaskan video berkenaan supaya nampak lebih real.