Siri animasi tempatan seperti Mechamato dan Ejen Ali telah berjaya menembusi pasaran luar dan menerima reaksi positif daripada para peminat global.

Sementara di pasaran tempatan pula, boleh dilihat siri animasi ini menerima sokongan padu terutamanya daripada bangsa Melayu kerana penggunaan bahasanya. Susulan itu, ramai pasti tertanya-tanya bagaimana pula penerimaan bangsa lain terhadap siri animasi hasil anak tempatan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang pengguna Reddit telah menanyakan soalan bagaimana penerimaan bangsa lain terhadap siri animasi tempatan dan meluahkan pengalamannya melihat ia hanya ditonton oleh bangsa Melayu dan Bumiputera. Ternyata, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada sejumlah pengguna tempatan daripada berbilang bangsa.

Bagaimanapun, rata-ratanya pengguna menyatakan sokongan terhadap siri animasi yang majoritinya dihasilkan oleh bangsa Melayu. Malah, ada yang mendedahkan bahawa mereka turut membesar dengan sebahagian siri animasi tersebut dan masih menjadi tontonan buat anak-anak masing-masing.

“Sebenarnya saya selaku bangsa Cina, Upin & Ipin merupakan sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya. Keluarga saya tidak mempunyai Astro. Jadi, saya tonton semua rancangan kanak-kanak di TV9. Malah, saya belajar bahasa Melayu daripada rancangan ini,” kongsi seorang pengguna .

“Saya terkejut dengan kenyataan pengguna ini. Saya selaku berbangsa Cina sendiri, saya merasakan komik BoBoiBoy agak menarik sewaktu kecil dahulu. Bahkan, saya tidak pernah mengenali mana-mana rakan berbangsa Cina yang benci terhadap filem-filem animasi tempatan,” ujar seorang pengguna lain.

“Saya suka siri animasi tempatan dan bawa anak saya menonton filem Ejen Ali dan BoboiBoy. Anak perempuan saya sangat suka filem Puteri. Animasi ini memang bagus,” kata pengguna lain.

“Saya bukan bangsa Melayu atau Bumiputera. Saya sangat menikmati animasi tempatan terutamanya rancangan Ejen Ali dalam dub bahasa Inggeris. Sementara, BoBoiBoy Galaxy dan Upin & Ipin pula  lebih sedap untuk dilayan dalam bahasa Melayu.

Saya rasa ini bukan sebab isu bangsa, tetapi lebih kepada rancangan itu sendiri lebih dekat dengan komuniti Melayu dan budaya.

Kita kadang-kadang akan menonton rancangan yang lebih relevan kepada kita kerana merasa seperti sebahagian komuniti atau berkait budaya masing-masing,” ungkap seorang pengguna yang bukan hanya meminati siri animasi tempatan bahkan meminta agar lebih banyak publisiti dibuat bagi pendedahan ramai.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir individu yang mendedahkan tidak mengenali sebarang siri animasi tempatan kerana penggunaan bahasa Melayu dan merasakan kurang menarik  dek kerana kewujudan filem atau siri animasi daripada negara lain.

Sumber