Pengumuman pemansuhan penggunaan roadtax dan lesen memandu secara fizikal semalam bukan sahaja mendapat sambutan baik, pada masa sama turut mengundang beberapa persoalan daripada orang ramai.

Oleh sebab itu pada lewat malam semalam Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke tampil memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang diutarakan oleh pengguna jalan raya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Anthony Loke Siew Fook

1) Adakah wajib untuk muat turun aplikasi “MyJPJ”?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk roadtax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat muat turun aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk roadtax digital, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status roadtax dan lesen melalui sistem dalam peranti penguatkuasaan.

3) Adakah roadtax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker roadtax tidak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smartphone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker roadtax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital roadtax?

Senang sahaja, digital roadtax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan check butiran dalam peranti mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Sumber Gambar: FB Anthony Loke Siew Fook

Menurut Anthony Loke, beliau tahu ada banyak lagi persoalan daripada orang ramai dan pihaknya akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

“Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

“Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

“Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

“Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik,” terang beliau.

Jika anda masih belum lagi memuat turun lagi aplikasi MyJPJ, anda boleh dapatkan di iOS, Android dan Huawei App Gallery. Tetapi anda terlebih dahulu perlulah mengemaskini butiran pemandu dan kenderaan di laman web https://public.jpj.gov.my/ terlebih dahulu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.