Seperti yang ramai ketahui, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 8.4 juta rakyat Malaysia telah bermula 3 April 2024, semalam.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyatan, pembayaran STR akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar menerusi pengkreditan ke dalam akaun bank.

Baca Juga:

Kaedah lain adalah disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional  (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Oleh itu, sebahagian rakyat yang menyemak akaun bank mereka semalam mendapati bahawa pembayaran STR telah dikreditkan mengikut jenis bank.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang menerima perkhabaran sedih apabila status sumbangan ini menunjukkan ‘tidak lulus’ walhal mereka layak menerima bantuan ini.

Untuk pengetahuan, status ‘tidak lulus’ adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan pengesahan (verifikasi) dilakukan.

Ini perkara yang anda perlu lakukan jika STR 2024 gagal

Sumber Gambar: iKerajaan

Bagi pemohon yang berstatus ‘tidak lulus’, mereka boleh merujuk kepada Soalan Lazim  (FAQ) permohonan STR 2024 untuk mengetahui sebab permohonan adalah tidak lulus.

Ini termasuk dokumen sokongan yang diperlukan permohonan rayuan STR.

Kemudian, klik pada Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian.

Kepada pemohon yang berstatus tidak lulus, anda tidak perlu bimbang kerana boleh membuat permohonan rayuan pada STR Fasa 3 semula selepas ini.

Jadi, ini perkara yang perlu dilakukan untuk mengetahui kod alasan tidak lulus dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan susulan ia berlainan bagi setiap orang.

Cara-cara semak kod alasan dan dokumen diperlukan untuk rayuan

1. Pertama sekali, layari laman web rasmi Bantuan Hasil dengan klik di sini.

2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk.

3. Selepas itu, klik pada permohonan STR 2024.

4. Cari nombor 68 dan cari kod alasan tidak lulus STR anda atau layarinya di sini Soalan Lazim (FAQ) STR 2024.

Untuk makluman, pemohon juga boleh walk in ke mana-mana pejabat seperti Pejabat HASiL, Pejabat Satelit (PS), Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Bagi pemohon yang berstatus kod Duplikasi dan Kod 32 iaitu (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian) tidak boleh memohon secara atas talian melainkan hadir ke HASiL bersama-sama borang Permohonan STR 2024 dan salinan kad pengenalan pemohon.

Diharapkan dengan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat rayuan permohona semula bantuan STR 2024 yang ditawarkan buat mereka yang layak.

 

 

Sumber