Perubahan yang luar biasa oleh penyanyi, Adele telah mengubah pandangan dunia terhadap beliau, terutamanya selepas mendedahkan bahawa beliau telah hilang 45kg berat badan.
Beliau mula menunjukkan badannya kepada umum pada bulan Oktober tahun lalu ketika mana beliau menghadiri majlis ulang tahun Drake. Beliau berkongsi kemeriahan suasana parti itu dengan berkongsi gambar di laman Instagram miliknya dengan menulis, “Saya pernah menangis tapi sekarang saya mula berpeluh”.
Semua mata sekarang berada tepat pada penyanyi berusia 31 tahun ini, beliau mengesahkan kepada media dan peminat bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 45kg.
“Dia memberitahu kami bahawa dia turun 45kg, dan ia adalah satu pengalaman yang gila, positif,” lapor People. Tetapi soalan yang membakar di bibir semua orang adalah –Â Bagaimana dia melakukannya?”
Beberapa laporan media menyatakan bahawa Adele bukanlah orang yang suka bersenam. Walau bagaimanapun, penceraian beliau dengan bekas suami tujuh tahun lalu telah mengubah segalanya.
Bintang kelahiran United Kingdom ini rupanya telah mengupah seorang jurulatih peribadi, AS Dalton Wong – yang juga jurulatih kecergasan untuk Jennifer Lawrence –Â untuk melatih beliau tiga kali seminggu, lapor US Weekly. Rutin kecergasan beliau termasuk dengan latihan kardio dan latihan luar.
“Dia benar-benar mahu menjadi sihat dan memberi teladan yang baik untuk anaknya,” kata sumber kepada majalah itu.
“Sejujurnya, dia sebenarnya lebih mengambil berat soal motivasi dan kesihatan lebih daripada berat badan.”
Selain itu, Adele juga dilaporkan telah mengamalkan Sirtfood Diet. Rutin diet ini berasal dari UK dan dicipta oleh ahli pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten. Mereka bertanggungjawab menerbitkan panduan dan buku resipi pada 2016, lapor NY Post.
Diet ini termasuk dengan makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan juga jus. Apa yang pasti, pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil – coklat, kopi atau wine.
Fokus kepada Sirtfood Diet adalah untuk memberi tumpuan kepada metabolisme dan lain-lain bahagian yang memberi kesan kepada berat badan manusia dan ini adalah antara diet yang diamalkan oleh Adele.
Tidak dinafikan hakikat bahawa penurunan berat badan penyanyi ini telah mencetuskan motivasi kepada para peminat. Tetapi ada juga beberapa media yang kurang gemar dengan perubahan drastik beliau.
Namun, perubahan yang dilakukan oleh Adele sepatutnya di ambil menjadi motivasi kepada semua golongan yang sudah lama mahu mengubah diri mereka.
Lihat bagaimana lelaki ini berjaya menurunkan berat badan dengan hanya bermain Pokemon. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 63kg Dengan Hanya Bermain Pokemon Go
Ini Penjelasan Dr. Amalina Tentang Keberkesanan ‘Essential Oil’ Untuk Turunkan Berat Badan
Lelaki Ini Kongsi Tips Diet Turunkan Berat Badan Sebanyak 31kg Dalam 67 Hari