Peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pengumuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status pemain kelab Go Ahead Eagles dari Belanda, Mats Deijl.
FAM mengesahkan Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya selepas mendapat surat rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Baca Juga:
- Mats Deijl Tidak Akan Beraksi Bersama Malaysia
- Mats Deijl Pastikan Tiada Keturunan Indonesia, Hanya Malaysia
- Ini Komen Mats Deijl Mengenai Peluang Sarung Jersi Malaysia
Ini kerana, berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA.
Mats Deijl mengakui kecewa apabila mendapat panggilan daripada FAM yang memberitahu bahawa beliau tidak layak menyarung jersi skuad Harimau Malaya untuk beraksi di pentas antarabangsa.
“Saya baru sahaja dapat panggilan telefon. Sangat mengecewakan. Semoga pada masa akan datang mungkin menjadi tetapi buat masa ini tidak.
“Bodoh punya peraturan,” kata Mats Deijl dalam perbualan bersama laman pencari bakat, frfuturetalents.
Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.
Dengan merujuk kepada Artikel 8 Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Permohonan Statut FIFA berkaitan kelayakan mewakili pasukan kebangsaan, (Regulations Governing The Application Of The Statutes), mana-mana pemain boleh mewakili sesebuah negara jika pemain tersebut memenuhi syarat seperti berikut.
Pertama, pemain itu lahir di negara tersebut; atau kedua, ibu pemain dan ayah pemain lahir di negara tersebut; atau ketiga, datuk dan nenek pemain lahir di negara tersebut; atau keempat, pemain itu menetap di negara tersebut melebihi tempoh lima tahun.