Makanan eksotik mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia tetapi tidak bagi sesetengah negara di luar sana. Mungkin kerana budaya atau desakan hidup telah memaksa mereka untuk mempelbagaikan sumber makanan yang sedia ada di sekitarnya.

Baru-baru ini, YouTuber terkemuka yang menetap di Thailand iaitu Mark Wein telah mengundang Uncle Roger untuk mencuba makanan eksotik yang tersedia di sana.

Di dalam video itu, Mark Wein telah membawa Uncle Roger ke sebuah kedai makanan tempatan di sana yang mana menyajikan bahan mentah eksotik iaitu tikus, katak, belut dan banyak lagi sebagai menu utama.

Dalam menerokai kelainan di sana, YouTuber ini memperlihatkan bagaimana penyediaan daging tikus terbabit oleh tukang masak yang mahir.

Mark Wein dipercayai mahu memperkenalkan menu hidden gem yang dikenali sebagai makanan bertemakan hutan yang mana menghimpunkan segala binatang yang ada di dalam hutan atau kawasan padi di sana.

Selepas dihidangkan ke semua juadah eksotik tersebut, mereka langsung memulakan pengembaraan dalam mencuba rasa baharu yang tidak pernah dirasakan selama ini.

Sementara juadah lain masih boleh diterima oleh tekak Uncle Roger, tiba giliran hidangan tikus yang membuatkan dia sedikit tidak selesa.

Sebaik sesuap dimasukkan ke dalam, kelihatan jelas riak wajahnya yang cukup tidak menikmati juadah tersebut dan cuba menelan dengan muka yang terpaksa.

Bagaimanapun, Mark Wein tampak seronok menikmati makanan tersebut dan menggelar ia sebagai makanan killer di situ.

Dalam pada itu, para peminat pula melihat ini sebagai satu kolaborasi yang dinantikan selama ini di mana menggabungkan dua ikon di dalam dunia makanan sejak sekian lama.

Ada netizen dari Thailand sendiri mengakui dirinya juga tidak menyukai juadah eksotik tikus tersebut inikan pula Uncle Roger yang memang hanya makan daging yang biasa dimakan di dalam rutin di Malaysia sahaja.