Pempengaruh, pelawak terkenal, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger telah membuka satu lagi kedai makannya di MyTown baru-baru ini.

Seperti biasa, pembukaan kedai makannya itu telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada para peminat.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Apa yang mencuri tumpuan kali ini apabila dia mengumumkan harga makanannya diberikan diskaun berbanding di kedai pertamanya di Pavilion Bukit Bintang.

Perkara itu diberitahunya dalam satu temubual menerusi TikTok @bestfoodmy.

@bestfoodmy

Price reduced at all Uncle Roger restaurants and bigger rice portion 😮 @FUIYOH! It’s Uncle Roger 📍FUIYOH! It’s Uncle Roger, MyTown Shopping Centre, L1-043 [Pork Free] ⏰10am-10pm 🎥 @wthbydavid #bestfoodmalaysia #klfoodie #malaysiafood #MakanLokal #foodhuntingkl

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia

“Di cawangan MyTown sekarang ada diskaun. Daripada RM18 jadi RM16. Kenapa? Sebab cawangan MyTown bukan Pavilion.

“Di Pavilion ada Gucci, Louis Vuitton, Hermés Paris. Tapi Di MyTown ada F.O.S, Focus Point dan Mr.Diy.

“Sekiranya pusat beli-belah anda ada Mr.Diy, anda tak boleh kenakan caj harga RM18. Ia terlalu mahal,” kata Uncle Roger.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Uncle Roger itu mendapat perhatian warganet.

Ada yang menyokong apa yang diperkatakan oleh pempengaruh itu. Netizen berpendapat Mr.Diy mempunyai ‘satu aura’ yang menunjukkan pusat beli-belah itu untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sahaja.

Pendapat itu turut dipertikai oleh netizen yang lain. Ramai yang mempersoal sejak bila Mr.Diy jadi penunjuk kepada harga sesuatu barangan atau perkhidmatan di dalam sesuatu pusat beli-belah.

Sedangkan pengunjung bebas untuk masuk mana-mana pusat beli-belah tidak kira tangga pendapatan bulanan.

Dalam pada itu, ramai netizen terkejut apabila mendengar Uncle Roger bercakap dalam Bahasa Malaysia buat pertama kali.

Uncle Roger turut menyatakan selain harga diskaun, kedai makan pempengaruh itu telah perbanyakkan jumlah nasi kerana orang Malaysia suka makan nasi.