Jike ke bazar ramadan, apa air balang yang paling menggoda anda? Boleh dikatakan air jagung menjadi pilihan segelintir masyarakat, almaklumlah rasanya yang menyegarnya pasti memberikan kelegaan ketika berbuka puasa.
Apa kata, anda cuba buat sendiri di rumah air jagung ini kerana senang sahaja. Ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @hamdanmubarak ini.
Baca Juga:
- Resipi Popia ‘Big Mac’ Yang Senang Dan Lazat Untuk Moreh Ini Raih Lebih 1 Juta Tontonan
- Lebih 4 Juta Tontonan, Ini Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah Dan Sedap
- Kekalkan Resipi Asal Sejak 1976, Tangkak Beef Noodle House Kini Buka Cawangan Kedua
@hamdanmubarak_ Berbuka Day 1 – Air Jagung Ketagih #hamdanmasak #makanlokal #foodie #food #tiktokchef #InspirasiRamadan#BukaPuasa
Bahan-bahan yang diperlukan:
Perisa jagung manis, jagung tin, susu pekat, susu cair, sirap dan ais.
Cara-cara membuat air jagung:
1. Masukkan 3 sudu besar susu pekat ke dalam bekas air.
2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar susu cair.
3. Lalu, jagung tin pula dimasukkan sebanyak 3 sudu besar.
4. Masukkan 2 sudu besar perisa jagung manis.
5. Kemudian, masukkan 1 sudu kecil sirap dan kacau sebati semua bahan-bahan terbabit.
6. Selepas kacau sebati, masukkan ais dan gaulkan ia, siap!
Senang sahaja, bukan? Bolehlah anda cuba buat untuk berbuka puasa nanti mesti bertambah-tambah minum sebab menyegarkan. Selamat mencuba!