Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari ke-9 kita berpuasa dan pastinya ada daripada anda yang sudah pening memikirkan juadah berbuka, moreh dan sahur.
Apa kata anda cuba buat resipi popia ‘Big Mac’ yang sedang viral di TikTok ini. Kenapa dipanggil Big Mac? Sebenarnya ia diinspirasikan dari burger Big Mac yang dijual di McDonalds.
Baca Juga:
- Lebih 4 Juta Tontonan, Ini Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah Dan Sedap
- Kekalkan Resipi Asal Sejak 1976, Tangkak Beef Noodle House Kini Buka Cawangan Kedua
- Penangan Resipi ‘Burger Ala Prosperity Khairul Aming’, Daging Oblong Ramly Habis Terjual
@akiejack Layan ni makan time moreh 🤤 #bigmac #popia #springrolls #bigmacpopia #akiemasak #bolehtakkantakboleh #kongsibersama #kongsiselera #ramadan #puasa #raya2024 #resipi
Ikuti resipi popia Big Mac yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @akiejack ini dan video resipinya itu telah meraih lebih 1 juta tontonan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Daging cincang, bawang putih, bawang holland, lada hitam, garam, jeruk, mayonis, mustard, sos cili, sos tomato, kulit popia dan kepingan keju.
Cara membuat inti daging:
1. Pertama sekali, tumiskan bawang putih dan bawang holland yang telah dipotong sehingga aromanya naik.
2. Kemudian, masukkan daging cincang, lada hitam dan sedikit garam.
3. Gaulkan sehingga rata dan siap.
Cara membuat sos ‘Big Mac’:
1. Potongkan jeruk terlebih dahulu.
2. Masukkan mayonis, mustard, sos cili dan sos tamoto.
3. Kemudian, masukkan jeruk yang telah dipotong dan masukkan juga bawang dipotong kecil.
4. Gaul rata kesemua bahan dan siap.
Cara membuat popia ‘Big Mac’:
1. Letakkan kulit popia di atas pinggan.
2. Letakkan kepingan keju diatas kulit popia.
3. Kemudian, inti daging yang sudah siap tadi diletakkan di atas keju.
4. Sos ‘Big Mac’ pula diletakkan sedikit diatas inti daging tadi.
5. Kemudian, gulungkan kulit popia tadi dan letakkan sedikit air tepung untuk gamkan popia agar tidak terbuka.
6. Goreng sehingga warna kuning keemasan.
7. Siap, sedia dimakan bersama sos ‘Big Mac’.
Mudah sahaja untuk buat menu viral ini, bukan? Tunggu apa lagi, bolehlah beli bahan dan buat untuk moreh atau sahur nanti. Pasti puas hati. Selamat mencuba!