Setiap kali resipi viral muncul di media sosial, pasti ramai yang ingin mencuba. Almaklumlah tidak ingin terlepas ‘hype’ nikmati makanan yang jadi buah mulut netizen.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mis Fiona Azua telah berkongsi resipi Korean Garlic Cheese Bread yang pasti memukau selera anda. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

114541470_3058937630810494_7349103031932510421_o

Bahan untuk roti

4 biji roti burger dibelah jangan sampai putus.

Bahan untukĀ cream cheese

Bahan: seketul cream cheese, 4 sudu besar gula dan 50ml susu cair.

Cara penyediaan: masukkan kesemua bahan cream cheese dan gaul sehingga jadi keju seperti buat kek. Kemudian, letakkan di tepi dahulu.

115875304_3058937897477134_3358365055826342453_o

115913515_3058938460810411_5537139803670353327_o

110160396_3058937710810486_8602386535723046273_o

Bahan untuk buatĀ garlic

Bahan: butter garlic dan 2 biji telur.

Cara penyediaan: Cairkan butter garlic sebanyak 3 sudu besar. Selepas cair, biarkan sejuk seketika.

Cara-cara penyediaan

1. Ambil roti tadi dan letakkan cream cheese pada bahagian tengah yang telah dipotong tadi.

2. Kemudian, celupkan roti ke dalam telur yang kita campurkan dengan garlic tadi.

115848887_3058937527477171_5253447824123822061_o

3. letakkan atas bekas oven dan bakar dengan guna suhu 170C selama 15 hingga 20 minit dan siap.

Mudah sahaja untuk buat roti viral ini. Tunggu apa lagi? Anda pun boleh buat sendiri di rumah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang anda boleh cuba. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Resipi Creme Brulee Lemak Berkrim Yang Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Raih 1.2K ‘Shares’

Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’