Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Wan Maimunah terpaksa mengemis kepada produksi untuk mendapatkan bayarannya dan baru-baru ini pelakon veteran itu meluahkan rasa sedih apabila hanya ditawarkan RM200 untuk berlakon dalam sebuah telefilem.

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan juga rakan artis. Susulan itu, Sabri Yunus tampil menempelak individu atau syarikat produksi yang tergamak menawarkan bayaran rendah kepada Wan Maimunah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: new straits time

Menerusi laporan, dia menganggap bahawa tindakan itu menghina kredibiliti aktres tersebut memandangkan dia mempunyai banyak sumbangan dan jasa dalam industri lakonan di Malaysia.

“Kak Wan seorang pelakon yang boleh menjayakan pelbagai watak. Jangan buat penghinaan sebegini, lagi baik tak payah ambil berlakon.” kata Sabri Yunus

Tambahnya, pelakon veteran lain sewajarnya tidak sesekali menerima tawaran rendah sebegitu kerana ia jelas menghina diri sendiri dan kemampuan mereka untuk membawakan pelbagai jenis watak.