Hujung minggu lalu telah menyaksikan perkahwinannya dua pelakon veteran negara iaitu Sabri Yunus bersama Ardina atau lebih dikenali sebagai Angeline Tan.

Mulai kenal sejak dari tahun sejak 31 tahun lalu bermula tahun 1992 dan popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu membuatkan para peminat gembira dengan perkahwinan ini.

Baca Juga:

Lebih mengujakan, dua individu ini hadir daripada latar belakang agama berbeza sehinggalah Angeline Tan memeluk Islam pada September lalu. Memilih untuk bernikah di Perlis, pasangan ini diijab kabul oleh Mufti Perlis sendiri iaitu Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Di sebalik pernikahan yang dijalankan, terdapat pendakwah yang mendakwa pernikahan Sabri Yunus bersama Angeline Tan yang dilakukan dengan cara yang ringkas itu sebagai berzina serta tidak sah pernikahannya.

@jkiofficial

pelik mereka ni cakap lain buat lain, tu pun orang tak percaya mereka ni kumpulan radikal w@h@b! di Malaysia. #lawan #wahabi #tegakkankebenaran #tolakwahabi #jkio #perlis #nikah #akad

♬ suara asli – 🦖 – ᥅꠸ᦔ᭙ꪖꪀꪑꪖꪶ꠸ᛕ

Dakwaan keras yang dibuat terhadap pelakon yang dinikahkan oleh Mufti Perlis ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Sabri Yunus sendiri yang tampil memberi respon.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.

“Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.

“Orang di luar tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya.

“Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain daripada setuju hal nikah. Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta atau rumah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sabri menyifatkan individu yang sengaja melemahkan fikirannya dalam isu berkaitan lafaz qabul adalah selemah-lemah manusia.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

“Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulama lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya,” katanya.

Sementara itu, Sabri menegaskan majlis pernikahannya yang berlangsung di Perlis tidak melanggar sebarang akta berkaitan urusan pernikahan.