Tayangan Mechamato Movie di Jepun pada ketika ini menerima sambutan yang cukup baik di kalangan peminatnya. Gandingan animasi dan pelakon alih suara  yang bertaraf dunia kini membuahkan hasil yang mantap.

Bagaimanapun, salah satu babak ikonik mana watak Maskmana telah menyebut Bismillah sebelum bertarung dengan watak Grakakus di dalam filem itu dikatakan telah diubah kepada bahasa Jepun. Lantas, ramai peminat tempatan mula bertanya mengapa perkataan itu telah diubah untuk tayangan di sana.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio iaitu Mohd Nizam Abdul Razak, beliau mengatakan, dalam versi bahasa Jepun, Bismillah digantikan dengan Kakugo shiro atau dalam bahasa Inggeris prepare yourself(Bersedialah).

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio, Mohd Nizam Abdul Razak. Sumber: Boboiboy Wiki

Katanya lagi, mereka semua hanya mengetahui mengenai pertukaran itu beberapa hari sebelum tayangan perdana bermula.

“Kami sendiri baru mengetahui tentang perkara ini beberapa hari sebelum tayangan premiere tempoh hari.

“Tiada apa yang dapat dilakukan kerana proses recording memerlukan masa yang lama untuk diatur,” katanya.

Menurut beliau lagi, apabila ditanya kepada pasukan dubbing di Jepun mengapa Bismillah tidak dikekalkan, mereka menjawab bahawa Kakugo shiro lebih sesuai digunakan untuk penonton Jepun supaya mereka dapat memahami konteks babak ikonik itu.

“Saya faham keputusan mereka tapi saya juga faham adegan ini merupakan highlight dalam Mechamato Movie,” katanya dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran itu, pihak Animonsta Studio juga memaklumkan sudah menghubungi studio rakaman dan pelakon suara di Jepun.

“Selepas mengetahui tentang perkara ini, kami terus menghubungi recording studio dan pelakon suara.

“InsyaAllah ianya akan kembali ke ‘Bismillah’ tetapi tidak sempat untuk versi tayangan di Malaysia yang bermula 25hb Januari ini,” tambahnya lagi.

Tetapi peminat semua usah khuatir, kerana menurut hantaran itu lagi babak ikonik tersebut akan kembali menggunakan Bismillah dalam keluaran yang akan datang di platform yang lain.