Konflik yang melibatkan Iran dan Israel bukan sahaja melibatkan kuasa ketenteraan malah turut memberi kesan terhadap ekonomi dunia.
Negara kuasa besar dunia sedang berdepan dengan kemungkinan yang boleh memberi kesan terhadap industri minyak dan gas iaitu penutupan Selat Hormuz.
Baca Juga:
- Kena Serang Balik, Netanyahu Kecewa, Tuduh Iran Jahat Dan Mahu Rakyat Negara Itu Tolong IDF Lawan Kerajaan Rejim

- Bekas Kitman Arsenal Tak Menyesal Sokong Palestine Meskipun Dipecat

- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine

Iran Ugut Tutup Selat Hormuz
Iran sedang mempertimbangkan untuk menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel, kata komander kanan Pengawal Revolusi Esmail Kowsari.

“Kami mempunyai banyak pilihan untuk bertindak balas terhadap musuh, dan tindak balas tentera hanyalah sebahagian daripada langkah kami,” kata Kowsari.
Mengapa Selat Hormuz Penting?
Selat Hormuz ialah laluan sempit yang terletak di antara Teluk Parsi dan Laut Arab, bersebelahan pantai selatan Iran.

Selat ini menjadi nadi kepada pasaran tenaga global kerana kira-kira 20 peratus daripada bekalan minyak dunia dihantar melalui laluan ini.
Ramai pakar ekonomi berpendapat sebarang gangguan seperti penutupan ke atas Selat Hormuz akan memberi kesan yang besar terhadap bekalan minyak global.