Salah satu media di Jepun melarang kelab negara itu untuk mendapatkan khidmat pemain dari Indonesia pada masa akan datang.

Rakyat Indonesia sememangnya terlampau fanatik mengenai sukan bola sepak dan perkara ini nyata memberi imej buruk kepada dunia luar mengenai negara itu.

Baca Juga:

Salah satu media iaitu Biglobe menasihati kelab Jepun agar tidak mengambil khidmat pemain dari Indonesia kerana sosial media kelab akan diserang oleh peminat negara seberang sekiranya pemain mereka tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Pasukan Indonesia sedang membuat kekecohan di rantau ini ekoran perangai dan perbuatan melampau oleh penyokong mereka sendiri.

“Melihat kepada perkara ini, adalah lebih baik untuk tidak mengambil pemain dari Indonesia kerana langkah ini amat berisiko,” lapor media tersebut.

Beberapa pemain Indonesia pernah beraksi dalam saingan J League antaranya Pratama Arhan yang pernah menyarung jersi Tokyo Verdy dan Justin Hubner yang ketika ini beraksi bersama Cerezo Osaka.

Apabila kedua-dua pemain ini tidak diletakkan dalam kesebelasan utama atau tidak berada dalam skuad ketika hari perlawanan, rakyat Indonesia kemudiannya menyerang laman media sosial dua kelab ini.

Kebanyakan dari mereka mempersoalkan keputusan pengendali pasukan mengapa dua pemain ini tidak diturunkan dan kadang kala mereka menggunakan kata-kata kesat ketika menulis komen.

Hal ini bukan sahaja dialami kelab Jepun malah pemain mereka sendiri iaitu Mees Hilgers yang tidak dapat beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini.

Mees mengalami kecederaan dan tidak dapat menyertai pasukan. Akan tetapi, penyokong Indonesia tidak dapat menerima perkara ini dan terus menghamburkan kata-kata kesat serta caci maki terhadap pemain itu.

Bintang FC Twente ini kemudiannya memohon maaf kepada penyokong menerusi laman media sosial miliknya kerana tidak dapat beraksi dalam perlawanan kelayakan kali ini.

Indonesia akan turun menentang Jepun (15 November) dan Arab Saudi (19 November) yang mana kedua-dua perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Ketika ini, skuad kendalian Shin Tae-yong menduduki tangga kelima dalam carta kumpulan C dengan tiga mata selepas beraksi empat perlawanan.