Kecoh beberapa hari lalu berhubung kehilangan kapal selam yang melakukan ekspedisi ke lokasi bangkai kapal Titanic. Walaupun berteknologi tinggi, dikatakan kapal itu hanya dikawal dengan menggunakan alat kawalan konsol permainan sahaja.

Sekiranya difikir dengan lebih mendalam, adakah mustahil untuk pengawal permainan sekecil itu digunakan untuk mengawal sebuah kapal selam dalam ekspedisi berisiko tinggi?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sejak bila ‘game controller’ digunakan untuk kapal?
Sumber Gambar: The Verge

Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya penggunaan pengawal permainan dalam mengawal kapal telah digunakan sejak 2018, apabila tentera laut US melancarkan kapal selam  dengan pengawal Xbox.

Ini kerana pengawal permainan adalah lebih mudah dan murah untuk digunakan daripada kayu bedik, yang tidak mengawal keseluruhan fungsi kapal selam.

Sumber Gambar: EDR Magazine

Difahamkan pengemudi kapal selam menggunakannya untuk menggerakkan tiang fotonik yang mempunyai fungsi sama seperti periskop. Selain itu, pengawal permainan video bukan sahaja digunakan pada kapal selam tetapi juga pada meriam laser yang dibina oleh Boeing.

Disebabkan terlalu biasa mendengar pengawal permainan adalah untuk gaming sahaja, maka perkara ini sudah pasti sangat baharu buat kita.

Lebih hebat lagi, pengawal permainan juga dipercayai turut mengendalikan peralatan bom yang lain dan ia juga telah menjadi standard penggunaan buat juruteknik bom.

Sumber Gambar: The Independent

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif OceanFate Expeditions, Stockton Rush yang mengatakan kapal selam atau digelar Titan itu dikawal dan dijalankan menggunakan pengawal permainan tersebut.

Pengawal permainan video bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem navigasi untuk beberapa kraf atau perkara seperti juruterbang dron tentera. Untuk dalam kes ini, mereka menggunakan sebuah pengawal permainan yang sudah pun berusia 13 tahun dengan harga jualan $30 (~RM140.26).

Sumber Gambar: Mashable

Pengawal permainan video yang dimaksudkan adalah permainan Logitech G F710 yang diubah suai di dalam sub yang tidak memerlukan banyak kemahiran atau teknikaliti untuk mengawalnya.

“Ia sepatutnya seperti lif, tidak sepatutnya memerlukan banyak kemahiran,” kata Rush.

Bahkan, pengawal Logitech G F710 ini boleh beroperasi secara wireless sekaligus menjadikan ia lebih fleksibel dan kompak.

Jadi, anda kini sudah mengetahui mengapa game controller digunakan secara meluas di dalam dunia perkapalan atau pertempuran. Hal ini kerana alat pengawal ini jauh lebih murah dari segi kos dalam masa yang sama mesra pengguna.