Serpihan kapal selam Titan yang meletup ketika menyelam ke laut dalam, di sekitar kawasan bangkai Titanic, telah dibawa ke permukaan dan tiba di St John’s, Kanada pada Rabu.

Pegawai berkata antara serpihan yang ditemui adalah bahagian pendaratan kapal selam dan penutup belakang. Selain itu, pihak berkuasa juga menemui sisa daging manusia yang melekat di sebahagian tubuh badan kapal selam tersebut.

Baca Juga:

“Para profesional perubatan Amerika Syarikat akan menjalankan analisis rasmi ke atas mayat manusia yang ditemui dengan pada  serpihan di lokasi kejadian,” kata pihak berkuasa AS kepada Stuff.co.

“Bukti itu akan memberikan penyiasat dari beberapa bidang kuasa antarabangsa dengan pandangan kritikal tentang punca tragedi ini.”

Pihak berkuasa AS kini dalam peringkat awal siasatan mengenai punca kemalangan itu berlaku. Lembaga Penyiasatan Marin (MBI) Pengawal Pantai AS akan memindahkan bangkai kapal selam tersebut ke pelabuhan AS untuk analisis dan ujian lanjut.

Pengerusi MBI, Kapten Jason Neubauer, berkata dalam satu kenyataan bahawa “masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memahami faktor-faktor yang membawa kepada kehilangan besar Titan dan membantu memastikan tragedi seperti itu tidak berulang.”

“Saya berterima kasih atas penyelarasan antarabangsa dan antara agensi yang telah menyokong kami dalam mencari dan mendapatkan bukti penting ini dengan jarak yang jauh antara pantai dan kedalaman yang melampau,” kata Kapten Neubauer.

Kesemua lima orang di dalam kapal selam itu meninggal dunia pada 18 Jun selepas kapal itu meletup dari dalam kira-kira 90 minit selepas mereka turun untuk melihat bangkai kapal Titanic, yang tenggelam pada 1912.

Bangkai kapal Titanic berada pada kedalaman 3,800 meter di perairan Atlantik Utara.

Para penumpang termasuk Pengarah Eksekutif OceanGate, yang merancang ekspedisi itu, iaitu Stockton Rush yang berusia 61 tahun. Terdapat juga penjelajah dari England, Hamish Harding, 58, Shahzada Dawood, 48, dan anak lelaki mereka Sileman Dawood, yang baru berusia 19 tahun.