Dalam beberapa jam sahaja lagi, tahun 2015 akan melabuhkan tirainya. Rata-rata warga kota akan keluar menyambut tahun baru bersama sahabat handai atau keluarga, mencari tempat yang paling happening.
Khas buat kaki makan, hanya satu tempat yang patut anda berada pada malam ini iaitu di Menara Kuala Lumpur. Kenapa di sini? Kerana selama 4 hari bermula hari ini, parkir Menara Kuala Lumpur akan dipenuhi dengan 16 food truck yang akan memuaskan nafsu makan anda!
Mari kita lihat apa yang menanti di acara yang dinamakan ‘New Year’s Eve Countdown – United Food Truck Fest’ ini.
1. Nobers’ Hot Wings

2. Pink Pizza Bera

3. Coffeeride

4. Foodies On Wheels

5. My Takoyaki

6. Lori Milo

7. Western Jemz

8. Rotiboy

9. Juice Buzz

10. W & Co Food Truck

11. Ayamas

12. OTea

13. Warong On Wheels

14. Rasa Kebab

15. Softruck

16. 2 Go Coffee

Kerana menonton konsert di malam tahun baru sudah terlalu mainstream, apa kata kita reward perut kita kerana berkelakuan baik sepanjang 2015 ini.
Di kesempatan ini juga kami dari tim Vocket Makan ingin mengucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua pembaca The Vocket khususnya peminat segmen makanan. Semoga tahun 2016 menjadi tahun yang lebih baik dan memberi lebih sinar kepada kita semua, insyaAllah.
Nama Acara : New Year’s Eve Countdown – United Food Truck Fest
Lokasi : Menara Kuala Lumpur, Jalan Puncak off Jalan P.Ramlee (waze)
Tarikh : 31 Dis – 3 Jan 2016
p/s: Oh, jangan lupa untuk renew azam tahun lepas, untuk diet dan badan fit pada tahun 2016! Meh…