Sedia maklum bahawa acara Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2019 telah dianjurkan pada 28 Disember 2019 hingga semalam. Bagi mereka yang menyambut ambang tahun baharu di Putrajaya pasti dimeriahkan dengan cahaya yang berwarna-warni dan ‘awesome’.
Selain pertunjukan bunga api yang menjadi ‘highlights’ ketika tahun baharu, cahaya yang menampilkan visual bertema berjaya menarik ramai orang ke Putrajaya menyambut tahun baharu. Tidak percaya? Terbaharu seorang pengguna Twitter @fendymojoo telah berkongsi kecantikan cahaya lampu di Putrajaya.
Wow serious gempak gila projector visual sambutan new year dekat dataran putrajaya. pic.twitter.com/hxSgZGzpEd
— fendymojo (@fendymojoo) December 31, 2019
Dapat dilihat melalui video tersebut sedikit sejarah tentang negara kita dan visual yang ditampilkan kelihatan sangat eye-catching. Difahamkan pada penganjuran kali ini membawa tema Kepelbagaian Malaysia dimana pengunjung dapat menelusuri sejarah dan kejayaan negara kita Malaysia sehingga memasuki era 2020.
Rata-rata netizen juga berasa kagum dan turut berkongsi pelbagai visual di Putrajaya. Malah, ada juga netizen yang berasa sebak dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Yang ni lagi gempak fuh. pic.twitter.com/vyihwxKNMy
— fendymojo (@fendymojoo) December 31, 2019
https://twitter.com/ehytic/status/1212049736493985793
https://twitter.com/xxmasxx_/status/1212073042811113472
Light & Motion Putrajaya 2019 #LAMPU2019 #putrajayaluarbiasa pic.twitter.com/fDJ8DSQmn8
— AK (@azizannkadirr) December 30, 2019
Pastinya ini satu permulaan yang baik untuk Malaysia, lagi-lagi tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Adakah anda mengharapkan sambutan Kemerdekaan akan lebih gempak nanti?
Sementara itu, Ampang Point telah di ‘makeover’ dan pastinya pembaharuan ini bakal dapat menarik ramai pengunjung. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula
‘Dive With Shark’ Antara Tarikan Menarik Di Aquaria KLCC Anda Patut Cuba