Pasukan Malaysia tewas di tangan Oman dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan kontroversi yang melibatkan pemain negara, Romel Morales menjadi topik perbincangan utama.

Jaringan daripada Issam Al Sabhi dan Muhsen Al-Ghassani pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memberikan kemenangan 2-0 bagi Oman sekaligus mempunyai kutipan mata yang sama dengan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika ketinggalan 1-0, pasukan negara menjaringkan satu gol menerusi Romel Morales namun jaringan pemain itu dibatalkan kerana berada di kedudukan ofsaid.

Akan tetapi, keputusan pengadil dari China, Fu Ming dianggap tidak tepat kerana pemain pertahanan Oman yang membuat sentuhan terakhir ketika bola dihantar kepada Romel.

Menurut salah satu pengguna laman media sosial X iaitu Hal Ehwal Pengadil, beliau memberi penerangan mengapa jaringan tersebut sepatutnya diberikan kepada Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan, tiada teknologi Video Assistance Referee (VAR) yang digunakan di venue perlawanan iaitu Kompleks Sukan Sultan Qaboos.

Pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi, kekurangan aksi kompetitif nyata memberi kesan bagi pemain negara dimana pada separuh masa pertama, para pemain dilihat sedikit bergelut untuk mencari rentak perlawanan.

Pada separuh masa kedua, terdapat peningkatan yang ditampilkan oleh pemain namun nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila dibolosi dengan dua jaringan.

Tiga pasukan iaitu Malaysia, Oman dan Kyrgyzstan masing-masing mempunyai enam mata dan saingan dalam kumpulan E kembali terbuka.

Malaysia akan menjamu Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac ini dan ini menjadi peluang terbaik untuk membalas dendam dan kembali mencatat kemenangan.