Akhir-akhir ini ura-ura tentang kehadiran iMessage pada platform Android semakin hangat dibincangkan. Khabar angin ini semakin banyak dibincangkan apabila aplikasi Apple iaitu Apple Music disediakan buat platform Android dimana bakal memberi pertambahan pada bilangan pengguna.

Tidak seperti Blackberry, Syarikat Apple berpendapat menyediakan akses iMessage kepada platform Android bukanlah suatu cadangan yang baik. Pertambahan user sudah pasti namun terdapat dua perkara yang menghalang Apple daripada melakukannya.

ios_7_imessage_fake_hero

Dua jawapan yang diberikan oleh eksekutif Apple sangatlah rasional dan baik untuk jangka masa panjang Apple. Beliau berpendapat pertambahan pengguna Android pada aplikasi iMessage bakal memberi masalah kepada Apple untuk menampung bilangan pengguna yang ramai.

Ya, mungkin benar apa yang diperkatan, Apple bakal mengaut untung yang lebih dengan pertambahan pengguna namun penjagaan ekosistem atau server yang lancar lebih diutamakan Apple yang kini sudah mempunyai hampir 1 juta pengguna aktif. Berbeza dengan Apple Music yang mahu memfokuskan kepada pertambahan pengguna untuk bersaing bersama Spotify.

apple_music_android_thumb800

Seterusnya, dengan adanya aplikasi iMessage khas buat Apple bakal memberi peluang buat Apple untuk melonjakkan penjualan mereka berikutan ciri-ciri eksklusif yang ada pada platform tersebut. Ternyata, Apple tidak mahu untuk mengulangi kesilapan Blackberry beberapa tahun yang lepas.

Dalam pada itu, Google juga berharap kehadiran aplikasi permesejan terbaru mereka iaitu Google Allo dapat bersaing dengan iMessage dengan penyediaan beberapa fungsi menarik. Namun mampukah Google untuk menguasai industri permesejan setelah gagal dengan aplikasi Google Talk dan Google Hangout?

Sumber