Adakah anda mempunyai masalah untuk membawa 2 kabel pengecasan hanya disebabkan peranti-peranti anda menggunakan memerlukan kord pengecasan yang berbeza? Kini mungkin masalah anda dapat diselesaikan dengan adanya LMCable.

eih0mps9gemamz7a9hwz

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum USB Type-C menggantikan segala kord pengecasan pada telefon pintar zaman ini, LMCable menjanjikan sebuah kabel pengecasahan dimana kabel ini sesuai untuk digunakan pada peranti jenis Android atau iOS.

Inovasi kabel ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam industri telefon pintar. Apa yang membuatkan LMCable ini berbeza dengan kabel-kabel yang lain adalah LMCable tidak memerlukan sebarang adapter sepertimana kabel-kabel dwi-pengecasan yang lain.

1828b6a8264c724e21870689e64cac55_original

Rekaan premium juga dititikberatkan di dalam pembuatan LMCable. Jika sebelum ini anda selalu menghadapi masalah kabel cepat rosak atau putus, kini tiada lagi dengan adanya LMCable. Kabel ini dikeluarkan dengan 4 warna menarik iaitu sunlight white, vintage brown, moonlight black dan cowboy blue.

Kempen yang dijalankan di KickStarter ini mendapat sambutan hangat ketika ini dan sudah mencapai target $5000. Setakat ini LMCable cuma boleh didapatkan melalui kempen Kickstarter yang dijalankan dan kemungkinan akan dikeluarkan secara dengan berperingkat.

Sumber