Syarikat perisian keselamatan dari England, Sophos telah memberi amaran kepada pengguna Android untuk memadam beberapa aplikasi yang dikatakan berisiko untuk membocorkan maklumat pengguna.
Menurut pakar keselamatan daripada syarikat tersebut, 15 aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store. Birmingham Mail melaporkan, sesetengah daripada aplikasi ini dapat berfungsi tanpa dikesan oleh pengguna dengan cara menyamar sebagai salah satu sistem sebenar.
Kebanyakkan aplikasi ini bertindak dengan menghasilkan iklan yang besar sehingga menutupi skrin telefon pengguna. Ini boleh mengganggu pengguna Android dalam menggunakan telefon mereka.
Walaupun kesemua 15 aplikasi tersebut telah dikeluarkan daripada pusat muat turun Google, tetapi terdapat lebih 1.3 juta telah terpasang di dalam peranti pengguna di seluruh dunia.
Berikut merupakan senarai aplikasi tersebut:
Salah satu aplikasi yang tersenarai di atas iaitu Flash On Calls & Messages dikatakan akan menunjukkan mesej ralat palsu apabila dilancarkan. Kemudiannya akan membawa pengguna ke Google Maps di dalam Play Store, ini membuatkan pengguna percaya bahawa aplikasi tersebut menjadi punca kepada ralat dalam program. Kemudian, aplikasi tersebut sukar dicari kerana ianya mampu menyembunyikan ikonnya sendiri.
Ini tip daripada Sophos cara-cara untuk membuang aplikasi tersebut. Jika pengguna mengesyaki aplikasi yang baru dimuat turun menyembunyikan ikonnya di dalam tray aplikasi, pengguna diminta untuk menekan pada bahagian Settings diikuti dengan menekan Apps & Notifications.
Aplikasi yang baru digunakan akan muncul di senarai paling atas di dalam bahagian tersebut. Seterusnya, jika anda melihat mana-mana aplikasi menggunakan ikon generik Android (kelihatan sedikit hijau kebiruan). Tekan kepada ikon tersebut kemudian tekan Force Stop dan diikuti dengan menekan Uninstall.
Aplikasi sistem sebenar tidak akan menawarkan pilihan Uninstall tetapi sebaliknya akan mempunyai pilihan Disable.
Pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam memuat turun aplikasi di dalam Google Play Store. Walaupun kebanyakkan aplikasi yang ditawarkan adalah secara percuma, ianya percuma dengan bersebab.
Baru-baru Google Maps telah dilengkapi dengan navigasi suara yang membantu orang cacat penglihatan untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat. Klik pautan dibawah untuk bacaan lanjut.
Google Maps Bantu Orang Cacat Penglihatan Tiba Ke Destinasi Dengan Lebih Mudah
Data Peribadi Pengguna Berisiko Terdedah Melalui GIF Apabila Menggunakan WhatsApp