Dengan sekali lafaz, Putera Mateen selamat bergelar suami kepada Dayang Anisha dengan jumlah mahar sebanyak seribu ringgit dan pernikahan Putera Brunei itu berjaya membuatkan ramai gadis patah hati.

Video sedutan semasa Putera Mateen melafazkan akad nikah turut dikongsikan dalam media sosial. Menerusi video itu, dapat dilihat Putera Mateen menggayakan busana serba putih dan melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, sebutan ringgit untuk mahar ketika lafaz akad nikah menjadi bualan ramai dan rata-rata netizen terutama rakyat Malaysia keliru kerana mata wang mereka adalah ‘Brunei Dollar’.

Oleh itu, ramai orang beranggapan bahawa negara Brunei menggunakan istilah dollar dalam mata wang mereka.

Susulan kekeliruan tersebut, rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu terbabit dengan mengatakan bahawa orang Brunei menggunakan kedua-dua istilah iaitu ‘ringgit’ dalam bahasa Melayu manakala ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris.

Sekadar makluman, walaupun Brunei memanggil wang mereka ringgit, akan tetapi nilai mata wang mereka sama dengan mata wang Singapura.