Filem Misteri Dilaila telah mula ditayangkan pada 21 Februari yang lalu menjadi buah mulut warganet berikut pengakhiran filem tersebut yang berbeza. Warganet mengatakan bahawa terdapat dua versi pada 20 minit terakhir.
https://twitter.com/Faris111/status/1098574083271188482
Malah, hal tersebut juga diakui oleh Syafiq Yusof dengan memberikan sedikit petunjuk di laman Twitter miliknya. Pastinya anda yang sudah menonton versi 1 tertanya-tanya dimana boleh melihat versi 2, dan pastinya tidak mahu menonton versi yang sama.
https://twitter.com/syafiqyusof/status/1098854531192872960
Malah, kebanyakan warganet yang telah menonton filem tersebut berpendapat filem ini dikatakan hampir setaraf tahap keseramannya dengan filem seram dari Korea atau Amerika Syarikat.
Senarai pawagam Versi 1 dan Versi 2 filem #MisteriDilaila ini telah dihantar melalui DM kepada FilemKita oleh seseorang yang akaun twitter-nya baru didaftar pada pukul 1.14 petang tadi (23 Feb 2019)
Siapakah seseorang yang hantar DM tu? Dah jadi satu kerja pula nak siasat. pic.twitter.com/3NkanUWpTa
— FILEMKITA (@FilemKita) February 23, 2019
Berikutan itu, melalui Twitter FilemKita, senarai pawagam telah didedahkan untuk versi 1 dan versi 2 agar memudahkan anda menonton wayang. Sumber maklumat diperoleh dari orang yang tidak dikenali dimana akaun Twitternya dipercayai hanya dibuat beberapa hari atau jam yang lalu.