Isu kalimah Allah di stokin kini sedang hangat dibincangkan di media massa dan pelbagai pihak tampil ‘bersuara’ pasal isu tersebut.
Hal ini telah mengundang kemarahan semua umat Islam di Malaysia kerana ada pihak sewenang-wenangnya meletakkan kalimah Allah pada stokin tanpa rasa serba salah. Bahkan, Irfan Khairi selaku seorang warga Malaysia dan kini menetap di Dubai ini juga meluahkan rasa marah dengan apa yang terjadi.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
Menurut Irfan, isu mengenai kalimah Allah itu mengikut undang-undang di Dubai, penguatkuasaannya lebih tegas terhadap pihak yang melakukan kesalahan. Pelaku boleh dikenakan penjara hukuman 1 hingga 5 tahun penjara serta saman.
“RM300,000 hingga lebih RM2 juta jika menghina Allah, Rasul, Nabi, Quran dan masjid. Sehingga jika menghina agama di FB pun, hukuman dikenakan. Dan beberapa kali juga ini berlaku sepanjang beberapa tahun ini saya di Dubai. Undang-undang di sini adalah sangat STRICT!”
Irfan juga mengimbau satu peristiwa di mana seorang pekerja kejuruteraan yang berasal dari UK mendirikan satu projek di sebuah masjid di Dubai.
“Pernah berlaku seorang pekerja engineer mat salleh dari UK, yang bekerja di projek sebuah masjid di sini, sedang marah dan “Ter” carut di kawasan masjid tersebut (tempat dia kerja tu). Tercarut di kawasan masjid pun, dia dipenjarakan!,” katanya lagi.
Susulan itu, Irfan juga tertanya-tanya akan tindakan pihak berkuasa di negara ini berkenaan isu kalimah Allah ini.