Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih menunggu laporan mengenai insiden baling botol terhadap pengadil penjaga garisan ketika aksi AFC Champions League (ACL) Elite antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Buriram United.

Memetik laporan Sukan Sinar, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata pihaknya masih belum menerima laporan mengenai insiden terbabit.

Baca Juga:

AFC
Penjaga garisan dibaling botol

AFC Anggap Masih Terlalu Awal

“Kita tunggu laporan. Nak komen pun sukar sebelum terima laporan daripada semua pihak,” katanya.

Kejadian baling botol berlaku selepas pengadil perlawanan membatalkan gol yang dijaringkan oleh penyerang JDT, Jorge Obregón pada minit terakhir permainan.

Penjaga garisan mengangkat bendera menandakan Obregon berada di kedudukan ofsaid sekaligus jaringan dibatalkan.

Dalam perlawanan semalam, penyerang skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta menjadi wira Buriram dimana beliau menjaringkan gol tunggal pada separuh masa kedua sekaligus memberikan kemenangan kepada Buriram.

Selepas perlawanan, pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan beliau sedia berbelanja untuk memperkuatkan JDT dan beliau berbangga dengan pencapaian kelabnya sambil menegaskan bahawa Harimau Selatan sudah merancang langkah untuk bangkit.

AFC
Foto: JST OFFICIAL

“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan.

“Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi.

“Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang.

“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan di dalam pasukan dan sudahpun mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas. Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan,” katanya.