Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mana-mana individu yang merakam insiden pesawat terhempas di Elmina menerusi kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil secepat mungkin bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

“Kita akan cari mereka untuk membantu siasatan, kalau boleh mereka tampil memberi maklumat yang diperlukan adalah sangat dihargai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dalam tengah hari kalau boleh mahu selesaikan semua siasatan dan proses di kawasan ini kerana semua sisa (pesawat dan cebisan badan) yang ditemui akan menjadi bahan bukit untuk bantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Menurutnya, kawasan pencarian membabitkan kawasan seluas 11,000 meter persegi dan laluan keluar masuk akan ditutup bagi memastikan kawasan kemalangan selamat.

Dalam pada itu katanya, semakan mendapati pemandu e-hailing Grab yang terbabit dalam nahas itu tidak membawa penumpang ketika kejadian.

“Pemandu Grab terbabit semasa kejadian tidak mengambil tempahan penumpang, kita dah semak dengan pihak syarikat,” katanya.

Pasukan penyiasat berjaya menemui peti rakaman suara kokpit (CVR) iaitu salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat berkenaan jam 10.20 malam semalam.

Difahamkan kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua komponen iaitu Cockpit Voice Recorders (CVR) dan Flight Data Recorders (FDR).

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan lanjut mendapati pesawat ringan berkenaan tidak dilengkapi dengan FDR dan siasatan dijalankan berdasarkan maklumat daripada CVR yang berjaya ditemui semula semalam.

Sumber