Semalam kita dikejutkan dengan berita menyayat hati berkaitan insiden kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam. Namun begitu, ramai pula dilihat berkongsi serta menyebarkan video di tempat kejadian yang sebahagian daripadanya mempunyai visual mangsa yang kurang enak untuk dilihat umum.

Perkara ini sudah pasti bakal menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa yang terbabit di dalam kecelakaan itu. Susulan isu tersebut, Dr Zulkifli Al-Bakri selaku ilmuan Islam melontarkan pandangan beliau terhadap tindakan berkongsi gambar atau video insiden tersebut oleh segelintir individu di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau menegaskan bahawa haram hukumnya menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Hal ini kerana akan melukakan hati keluarganya dan juga melibatkan maruahnya.

Beliau menguatkan lagi hujahnya dengan  dalil Riwayat Muslim yang mengatakan haram bagi seseorang muslim untuk mencerobohi maruah, harta dan darah saudara muslim yang lain.

‎كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُ

‎Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564)

Oleh itu, orang ramai diminta untuk menghentikan perkongsian video atau gambar daripada insiden tersebut bagi menjaga aib mangsa di samping menjadi muslim yang lebih baik. Tiada gunanya anda mendapat follower atau likes yang banyak tetapi mengkhianati hak muslim yang lain.