Baru-baru ini, tular satu video sepasang pengantin baharu akad nikah di media sosial yang mana tiket Coldplay dijadikan sebagai mas kahwin perkahwinan mereka. Perkara ini sekaligus menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat sama ada ia sah atau pun tidak.

Sehubungan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman tampil bersuara mengenai hal ini, beliau menyifatkan bahawa pemberian itu tidak sah kerana ia tiada nilai. Memetik laporan Sinar Harian, beliau menyifatkan bahawa ia bercanggah dengan hukum syarak.

Baca Juga:

Bahkan, tiket Coldplay itu sendiri bukan satu aset yang mempunyai nilai yang jelas. Sebaliknya, individu dibolehkan memberi mas kahwin 21 gram emas atau seperangkat alat solat kerana masih sah.

Mas kahwin merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal dipenuhi mas kahwin, maka wajib bayar semula hutang itu. Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.

Beliau menegaskan jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai. Jadi, orang ramai sepatutnya cakna berkenaan isu ini dan boleh menanyakan soalan kepada yang lebih arif jika mempunyai persoalan terutamanya dalam bab agama.