Peminat Coldplay di Malaysia berada di tangga ke-3 dalam senarai negara yang memulangkan kembali gelang tangan.

Sebelum ini terdapat beberapa isu di mana beberapa peminat di negara lain tidak memulangkan kembali gelang tangan yang diberikan semasa konsert.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui ciapan yang dibuat akaun X Coldplay Malaysia, difahamkan bahawa Kuala Lumpur, Malaysia berada di tangga ke-3 dalam senarai peminat yang memulangkan kembali gelang tangan selepas konsert.

“Kuala Lumpur berada dalam 3 teratas untuk @pixmob senarai gelang tangan kitar semula.

“Terima kasih kepada semua peminat yang pulangkan wristband!” Tulis laman Coldplay Malaysia.

Terdahulu, Indonesia pernah menjadi tajuk utama apabila mencatatkan hanya 50% pengembalian gelang tangan tersebut hanya.

Kejadian ini telah menyebab berlakunya tanggapan negatif terhadap warga Indonesia sehingga ada yang mengatakan bahawa peminat di sana tidak tahu peraturan kerana mereka tidak memulangkan gelang tersebut.

Untuk rekod, kumpulan rock dari British, Coldplay  berjaya memecahkan rekod biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mencatatkan 75,000 kehadiran di Stadium Bukit Jalil.

Melalui ciapan yang dibuat oleh laman sosial X, Pop Crave, difahamkan bahawa rekod 2004 yang dipegang Siti dengan kehadiran 70,000 lebih penonton akhirnya dipecahkan oleh Coldplay pada 22 November lalu.