Nama band terkemuka Coldplay mula menjadi sebutan ramai di Malaysia kerana telah disahkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November ini.
Nampaknya nama band ini kekal menjadi hangat apabila seorang penyelidik keselamatan, Nicholas Starke berjaya menemui lirik bagi salah sebuah lagu Coldplay yang didakwa tersembunyi di sebalik fail firmware solid-state drive (SSD) Kingston.
Baca Juga:
- ‘White Paper’ Bitcoin Didapati Telah Disembunyikan Pada Setiap Mac Sejak Tahun 2018
- 4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda
Difahamkan Starke menemui lirik lagu Coldplay menerusi fail ZIP firmware SSD Kingston bagi versi “SKC2000_s2681103”. Versi ini lazimnya dijalankan pada SSD PCI Express Kingston seperti KC2000.
Dikeluarkan pada Januari 2020, versi khusus S2681103 memberikan peningkatan kepada prestasi dan keselamatan perkakasan storan data Kingston.
Kemudian BleepingComputer turut memuat turun fail firmware tersebut menerusi laman web rasmi Kingston dan mengesahkan ia mengandungi lirik hit Coldplay pada 2002 iaitu The Scientist.
Tidak dapat dipastikan jika lirik yang tersembunyi ini mempunyai kepada fungsi tertentu atau hanya gurauan oleh pembangun syarikat sendiri.