Pempengaruh media sosial, Syamimia sekali lagi menjadi bualan ramai apabila menjadikan patung dewa Yunani sebagai perhiasan di rumahnya.

Menerusi satu video di TikTok, seorang individu berkongsi beberapa keping gambar memaparkan patung dewa ‘David’ yang terlihat ada di ruang tamu dan bilik tidur Syamimia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@oichen110

ermmm.. xtau nak kata apa.. xkan ar dia xtau tu patung apa weeii.. bukankah itu patung davidd.. kita Islam mana boleh.. x pernah follow & now aku block.. #patungdavid #terpalingneutral

♬ Palestine Will Be Free – Vocals Only Version – Maher Zain

Namun setelah diselidiki, patung tersebut adalah patung dewa Yunani iaitu Apollo yang cukup sinonim dengan perhiasan rumah.

Walaubagaimanapun, orang Islam dilarang untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan perhiasan rumah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pempengaruh itu untuk membuang patung-patung dewa berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @oichen110

Terdahulu, nama Syamimia menjadi bualan ramai  susulan tindakannya tidak mahu berkongsi berkaitan Palestin di media sosialnya.

Ekoran itu, beliau menerima kecaman hebat sehingga terpaksa menutup ruangan komen pada setiap video serta mengalami penyusutan pengikut di akaun TikToknya.

Merujuk laman rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata adalah haram berdasarkan panduan hadis.

Melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Talhah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” Riwayat Bukhari & Muslim.

Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Bagaimanapun, patung mainan kanak-kanak kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan pula dibolehkan tetapi dengan syarat ia bukan patung yang besar.