Pada ketika ini, ramai pelancong Malaysia yang terkandas di Thailand kerana berlakunya banjir yang dashyat disebabkan hujan berterusan
Lebih teruk lagi, semalam dilaporkan kesemua daerah di Songkhla yang merangkumi 16 kawasan telah pun diumumkan sebagai zon merbahaya.
Sementara, Konsulat Malaysia Songkhla tengah bertungkus-lumus menggerakkan jentera mereka dalam misi menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di sejumlah hotel pada saat ini.
Seorang individu tempatan yang giat berkongsi perkembangan semasa tentang insiden itu baru sahaja berkongsi info dari Konsulat Malaysia Songkhla yang menghadapi isu sebenar di dalam misi menyelamatkan warga tempatan di sana.
Apa yang jadi?

Konsulat Malaysia Songkhla sendiri maklumkan isu sebenar adalah wujud pelancong kita yang terlepas atau ‘miss’ pula pengangkutan yang datang.
Bayangkan, sudah seharian pengangkutan itu berulang-alik, pergi ke 14 lokasi hotel serta dimaklumkan lebih awal untuk bersedia tunggu di lobi hotel masing-masing namun masih ada yang terkandas sebab terlepas kenderaan.
Bukan itu sahaja, terdapat segelintir mangsa yang masih memilih untuk tetap berada di dalam bilik masing-masing ketika pihak Konsulat Malaysia datang ke hotel untuk mengangkut mangsa sekaligus menyebabkan mangsa ‘tertinggal’ pengangkutan dan kembali terkandas apabila banjir kembali tinggi pada pagi tadi.
“Semalam ada juga berlaku kes mangsa banjir memaklumkan pihak wakil Konsulat Malaysia yang mereka enggan mengikut pengangkutan Konsulat Malaysia.
“Hal ini kerana mereka merasakan air banjir telah surut dan mereka telah membuat “arrangement” dengan pihak lain untuk urusan keluar ke sempadan atau urusan pengeluaran kenderaan mangsa yang tenggelam banjir terlebih dahulu ketika air banjir sudah surut semalam…,” kongsinya lagi tentang ragam segelntir mangsa Malaysia.
Untuk memastikan kelancaran operasi, notis pemakluman awal telah dihantar kepada semua mangsa banjir. Notis ini mengarahkan mereka untuk bersiap sedia dan menunggu kehadiran wakil Konsulat di lobi hotel masing-masing.
Dengan mematuhi arahan itu, hasilnya amat memberangsangkan kerana banyak mangsa banjir rakyat Malaysia dilaporkan telah berjaya dibawa keluar dari kawasan yang terjejas ke lokasi yang lebih selamat.
Menariknya, terdapat juga beberapa NGO dan sukarelawan dari Malaysia yang sanggup pergi ke Hatyai bagi membantu misi mengeluarkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat atau terus menyeberang sempadan kembali ke tanah air.
Ini pasukan NGO yang mempunyai hubungan komunikasi dengan konsulat:-
1. Adli Murtaza – Tim Truck Towing Perlis
2. Mr. Leong – Tim Bomba Volunteer Sg Petani (Lokasi Sadao)
3. Mr. Chiang – Tim Bomba Volunteer Sg Petani (Lokasi Hatyai)
4. Mr Calvin – Ketua Tim Bomba Volunteer Sg Petani
5. Mr. Mandeep and Sunil- Tim Bot Persatuan Sikh Malaysia
6. Tim Bas FTC Insurance
Namun, jika masih mangsa dari rakyat Malaysia yang benar-benar kritikal boleh hubungi nombor atau emel di bawah ini:-
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Talian Am: +66-2340-5720
Urusan Konsular semasa waktu bekerja: +66-2340-5731 / 5732
Talian kececemasan (pada hujung minggu atau cuti umum): +66-87-028-4659
Talian tambahan lain: +66-2340-5721
Emel: [email protected]
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
Telefon (Pertanyaan AM): +(6674) 311062
Telefon (Kecemasan): +(6674) 316274 / +(6681) 9901930
Talian Tambahan: +(6674) 324004 / 312353
Emel: [email protected]