Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah rakaman memperlihatkan seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis memperlekeh dua orang anggota polis hanya kerana berpangkat Lans Koperal.

Wanita ini kemudiannya sekali lagi tular ekoran membuat kecoh di tempat parkir selepas mendakwa terdapat wanita menempik kepada beliau.

Baca Juga:

Terbaharu, dilaporkan pihak polis telah menerima laporan kejadian wanita ini pusat membeli-belah di Brickfields.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor. Sumber: Sinar Daily

Menurutnya, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap wanita itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang wanita berusia 27 tahun mengenai kejadian.

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kejadian berlaku pada 5.26 petang kelmarin ketika dia sekeluarga meletakkan kenderaan di lokasi itu.

“Hasil siasatan mendapati berlaku selisih faham apabila OYDS (orang yang disyaki) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pengadu terbuka.

“Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS tidak puas hati menekan hon dan menjerit memarahi pengadu serta ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita itu turut memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi sambil merakam video.

Bagaimanapun, katanya, perselisihan faham itu dileraikan oleh saksi kejadian iaitu pasangan suami isteri sebelum pengadu beredar masuk ke dalam pusat beli-belah.

Amihizam berkata, kes masih dalam siasatan dan menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular itu.

Sumber