Untuk makluman semua, tahun ini merupakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Selaras dengan itu, kerajaan negeri Melaka menawarkan pelbagai tarikan untuk menarik ramai pengunjung melancong ke Bandaraya Bersejarah itu.

Mengambil inspirasi seperti di negara Thailand dan Indonesia, dilaporkan bahawa Pasar Terapung bakal menjadi tarikan baharu di Melaka.

Baca Juga:

Memetik laporan Utusan yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, pasar terapung ini bakal beroperasi pada Februari tahun ini.

Seorang pengguna laman X baru-baru ini berkongsi sebuah gambar yang memaparkan deretan bot kecil di sepanjang Sungai Melaka di Taman Rempah.

“Melaka tak lama lagi ada floating market.

“Tak tau ni bot atau perahu. Yang pasti dah siap,” tulisnya.

Perkongsian hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Meninjau ke ruangan komen, netizen menyatakan rasa tidak yakin dengan konsep yang diketengahkan memandangkan sudah banyak tarikan pasar terapung di beberapa tempat.

Selain itu, ada yang meluahkan kebimbangan terhadap persekitaran dan kebersihan sungai di situ jika tidak diselia dengan baik.

Sumber Gambar: X @Amranfans
Sumber Gambar: X @Amranfans

Malah, ramai mengharapkan harga yang dikenakan perlulah berpatutan dan tidak mahal apabila pasar terapung ini mula dibuka.

Sumber