Pertama kali Vocket menemuramah pemuda ini adalah sewaktu beliau terperangkap di Nepal kerana gempa bumi di sana. Pada waktu itu Nepal merupakan salah satu daripada lokasi yang perlu beliau jejak dalam pengembaraan solo by land selama 6 bulan.
Kini Menk baru saja menamatkan pengembaraan beliau dan telah sudi berkongsi sebahagian daripada pengalaman yang telah dilaluinya di sepanjang pengembaraan ini di Vocket.
Jok kita berkenalan lebih lanjut dengan Menk Mahawangsa.
Alhamdulillah. Arrived at my final destination at South Wigston, Leicester.
There’s nothing much here but it is something special for me. I will tell you the story why I chose Leicester, England as my final destination.
Vocket: Boleh berikan sedikit info latar belakang Menk seperti nama, umur, pendidikan dan kerjaya.
Menk: Nama saya Muazammil Mamat. Saya graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UNITEN, Malaysia dan Diploma Dokumentari Filem di Prague Film School, Czech Republic.
Kerjaya saya adalah dalam bidang produksi perfileman dan dokumentari. Saya bekerja sebagai freelance dan pernah terlibat dengan filem-filem dan dokumentari-dokumentari Malaysia.
Vocket: Sejak bila Menk mula minat travel? Adakah kerana keluarga juga suka travel atau kerana faktor lain?
Menk: Saya rasa semua orang minat travel. Mungkin lebih tepat ialah minat saya ialah backpacking.
Seingat saya kali pertamanya terdetik untuk backpacking ialah sewaktu ikut kawan baik saya ke Cherating kerana arwah pakcik dia ada cottage di sana dan dari situlah saya terpegun lihat ramai Mat Salleh dengan backpack sahaja. Saya kagum dengan keberanian mereka travel dengan bajet yang sedikit.
Mungkin faktor yang besar juga daripada keluarga saya sendiri cuma mereka travel dengan kaedah berbeza mengikut keadaan dan situasi masing-masing.
Contohnya apa saya dapat perhatikan mak ayah saya pada awalnya diberi peluang untuk travel kerana pendidikan dan kemudiannya ayah saya banyak travel kerana kerja & kadang-kadang akan bawa ibu saya sekali.
Sekarang mereka sudah pencen, mereka kerap travel mengikut tour yang sedia ada. Adik-beradik saya pun kerap travel dengan cara masing-masing dan apabila kami ada family gathering, memang tak habis lah kita nak cerita kisah masing-masing.
Thank you Andy and Aunty Ruth for bringing me around the alps. Aunty Ruth is very special person. It was her late husband gave me the inspiration to this overland trip from Malaysia to England.
I heard about it the first time from my best friend that his uncle travelled from Malaysia to Switzerland overland in the 70’s. How could that be possible?
Well he married to Aunty Ruth and they had a son together ‘Michael’ but had also passed away. For Aunty Ruth – Malaysia is a big part of her life and she will always be happy when someone related to his son or husband come to Switzerland.
Its her routine to come to Malaysia every year even without her loved ones being around. In a way she inspired me to this trip.
The beauty of Julierpass of the Swissalps
Vocket: Adakah travel adalah hobi Menk? Masih ingat trip pertama ke mana?
Menk: Hobi saya lebih kepada eksplorasi. Saya suka explore tempat-tempat baru dan suka berkenalan dengan orang-orang baru yang berlatar belakang berbeza.
Trip pertama saya ialah semasa saya berumur 7 tahun di England. Mak saya telah melanjutkan pelajarannya untuk mendapatkan P.hd di University of Leicester selama 4 tahun.
Dia bawa sekali 4 orang anaknya bersama. Dan dari pengalaman saya di England, apabila musim percutian mak saya bawa saya ke roadtrip menjelajah England, Scotland, Wales dan Paris.
30 Parvian Road. It is the most memorable part of my life in Leicester. My mom lived with her 4 kids while studying her Ph.D at Leicester University.
There were 5 of us siblings. At one time all of us were in England. My eldest brother just finished high school in Malaysia and managed to get scholar in medic at Manchester.
I would always remember how hard it was for my mom to handle her 4 kids especially when all of us went to different schools in Leicester. My elder sister went to Guyhluxton College.
My other brother went to Newry High School. I was in Parkland Primary School and my younger sister in Fairfield Primary School. She is our SuperMom.
Here it is! Nearby the Scheveningen beach of The Hague, Netherlands – 1976 was the year when my parents used to lived here on the fourth floor of this apartment.
My dad just got married to my mom but soon after he furthered his studies in Masters in Den Haag for a year. My mom got pregnant with my eldest brother here!
Now I know why my brother supports the Netherlands football team. He was made here! My Mom and Dad used to send empty bottles to the petrol station next door for 10 cents – 40 years ago!!
Vocket: Menk telah beberapa bulan travel. Boleh kongsikan berapa bulan, route dari mana hingga ke mana dan jenis kenderaan yang digunakan?
Menk: Saya telah travel selama 186 hari – lebih kurang 6 bulan. Route saya dari Kuala Lumpur, Malaysia sampai ke Leicester, England.
Strategi saya travel mungkin berlainan sedikit. Saya gunakan kaedah ‘connect the dots’. Maksud saya ialah semasa saya kecil saya suka main permainan dalam surat khabar yang menyambungkan titik-titik untuk menghasilkan sesuatu gambar. Di mana saya ada tempat menginap ‘long term’, di situlah saya akan ‘connect the dots’, maka terhasil lah gambaran route saya.
Alhamdulillah, completed my dream of backpacking solo from Kuala Lumpur to Leicester overland on a shoestring budget.
Started from Malaysia through the mainland of South-East Asia through South China through mountainous Tibet & Everest Base Camp through the Earthquake Nepal through the Indian Heat Wave through parts of Middle East through Turkey through the Balkans through Central Europe through the Swiss Alps through the 5 smallest country in the world through Italy, France & Catalonia through the Benelux and finally ending it at United Kingdom & Ireland.
A total of 186 days covering 39 countries using public transport like buses and trains. Rented a car once with other travelers. Motorbikes, boats & cars from locals that brought me around to the best part of their place.
Memang saya ada route saya secara kasar tetapi kebanyakannya saya redah sahaja. Di antara tempat-tempat long term yang pasti ada, saya akan cuba lalu lokasi atau negara yang menarik.
Ada juga route saya yang berubah dari asal ketika perjalanan kerana mendapat jemputan di tempat mereka. Dengan itu terhasil lah 39 negara yang saya dapat lalui.
Kenderaan pula saya akan cari yang paling sesuai dan murah. Kebanyakannya saya guna kenderaan awam seperti bas dan keretapi. Ada juga saya jumpa geng Malaysia untuk travel bersama-sama di Sarajevo, Bosnia dan kami telah sewa kereta untuk 2 minggu.
Ada juga saya guna motosikal dan bot tetapi itu hanya sekadar untuk explore dalam negara atau kawasan tersebut yang di bawa oleh local. Memang pada niat saya nak buat ‘all the way overland’ tetapi sebab kesilapan saya tidak buat research dengan mendalam – saya tidak dibenarkan masuk ke dalam sesatu negara kerana visa.
Itulah antara moment yang buat saya rasa agak down. Hampir dua minggu saya cuba mencari solusi di embassy Pakistan di Delhi. Cara untuk mendapatkan visa hanyalah boleh dimohon dari negara asal kita. Di India pula tiada cara lain untuk cross border melainkan masuk melalui Tibet tetapi telah berlaku pula gempa bumi di Nepal dan mereka masih dalam keadaan pemulihan.
Oleh itu, saya terpaksa ambil flight termurah ke Dubai, UAE sebagai negara transit sebelum saya memulakan perjalanan fasa kedua saya di Iran.
It doesn’t matter if you are thin or fat and if you are old or young. You are part of the tram that represents your town – Catalonia
Vocket: Mengapa memilih untuk travel dari Kuala Lumpur hingga Leicester?
Menk: Saya pilih route ini sebab ia telah menjadi impian saya semenjak saya tamatkan pengajian di Universiti. Semasa lawatan ke Cherating dulu, saya juga dapat tahu arwah pakcik kawan baik saya telah melakukan trip seperti ini dari Malaysia ke Switzerland mengikut jalan darat pada tahun 70-an.
Saya teramat kagum dengan ceritanya dan dari situlah saya dapat inspirasi untuk memilih route ini. Saya telah memilih untuk berakhir di Leicester kerana ia bagaikan kampung kedua saya.
And most of all Thank you Mitch and Jayne. They are my British Mom & Dad. They are the foundation of our families bonding. Always welcoming and would help us around whenever we were in England.
Helped my little sister a lot by being the adopted British family when she was studying in England. They always make sure there were Halal foods in the fridge whenever we were around.
I just love you guys. i just love the Mitchells. And will our friendship last forever. Thank you again the Mitchells.
Rob, Rachell and little Jacob. So, this is Robert Mitchell. When I went to Parkland Primary School at South Wigston 23 years ago – I was the only Asian or the only outsider boy surrounded by British people.
I was all lost and lonely, felt alienated until Rob was the first to be my friend. Thank you Robert. You will always be in my childhood memories of Leicester.
Rob met Rachell at the Leicester Tigers stadium. Rob & Rachell came to Malaysia to visit us and Rob proposed to Rachell at Langkawi to be his wife. And now they have a new family member – Jacob. Thank you guys.
Vocket: Boleh kongsikan jumlah kos keseluruhan untuk trip kali ini?
Menk: Kos keseluruhan trip saya hanya bawah RM20k. Saya telah letak bajet saya sebanyak RM15k dan RM5k sebagai back up. Sebenarnya, banyak saya boleh jimat kos jika saya pergi direct ke Leicester.
Di Eropah saya banyak berpusing-pusing dan kos banyak dihabiskan untuk kenderaan. Mungkin, jika dengan kaedah hitchike saya boleh berjimat lagi.
Vocket: Bagaimana dengan tempat tinggal dan makanan di sepanjang tempoh travel? Menk tinggal di mana (ie hotel atau couchsuring?) dan makanan pula bagaimana? Adakah sukar mendapatkan makanan halal? Jika ye, apakah pilihan lain bagi Menk?
Menk: Seperti saya nyatakan sebelum ini, saya banyak dapat rezeki tempat tinggal. Lebih kurang 70% perjalanan saya dapat duduk secara percuma. Saya akan nyatakan seperti berikut (dengan tahun saya mula kenal mereka);
a. Network
- Ho Chi Minh City, Vietnam – Kawan saya (2010) yang saya kenal semasa bekerja dalam bidang produksi filem.
- New Delhi, India – Kawan saya (2012) ketika saya belajar bersama-sama di Czech Republic
- Mumbai, India – Keluarga (2015) kepada kawan saya (2012) ketika saya belajar bersama-sama di Czech Republic
- Dubai, UAE – Kawan (2015) kepada kawan saya (1997) semasa sekolah di Malaysia
- Tehran, Iran – Kawan (2015) kepada kawan saya (2013) semasa saya menjadi fasilitator untuk youth camp di Malaysia
- Diyarbakir, Turkey – Kawan (2015) kepada kawan saya (1998) semasa sekolah di Malaysia
- Istanbul, Turkey – Adik ipar saya (2000), seorang juruterbang dan bertugas dari KL ke Istanbul. Saya menginap di hotel dia
- Ohrid, Macedonia – Kenalan Internet, Amirul Sicksiders (2015). Dia perkenalkan saya kepada Adeeb Sicksiders (2015) yang kebetulan berada bersama keluarga angkat dia (2015) di Ohrid
- Sarajevo, BosniaHerzegovina – Kenalan Internet (2015) – Saya jumpa di group Facebook, Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
- Vienna, Austria – Kawan (2015) kepada kenalan Internet dari Sarajevo – kami sewa kereta bersama-sama pergi ke Vienna
- Prague, Czech Republic – Kawan saya (2012) ketika saya belajar di Czech
Lufingen, Switzerland – Kawan saya (2008) yang saya berkenalan di Cherating - Palamos, Catalonia – Kawan saya (2015) berkenalan ketika bersama travel di Tibet dan kami terpisah kerana berlakunya gempa bumi di Nepal.
- The Hague, Netherlands – Kawan saya (2003) semasa saya belajar bersama-sama di Universiti
- Leicester, England – Keluarga kawan saya (1993) semasa saya belajar bersama-sama di sekolah, England
Ada beberapa lagi network yang saya tak gunakan kerana terlalu jauh dengan route saya dan ada juga saya dapat respon tidak boleh. Saya tidaklah sepenuhnya menaruh harapan untuk tempat duduk seperti ini dan jika tidak dapat, saya memang ada bajet untuk tidur di hostel.
Biasanya saya akan mencuba nasib dengan bertanya jika saya boleh duduk di tempat mereka dan Alhamdulillah kebanyakannya positif.
This is Fang. He is from Belgium. He was my housemate in Prague when I was studying there for a year at 2012-2013. Thank you for meeting up with me and showing me a bit of Ghent.
Thank you so much Albert & Martyna. We went through Tibet together about 4 months back and we got separated after the earthquake in Kathmandu, Nepal.
Ever since we became close and they invited me to Palamos, Catalonia and I made it here. Thank you for the great hospitality and for showing me around!!! love you guys!!!
Thank you again Albert for the Catalonian experience.
Even though it was a short trip in Catalonia- Albert managed to make the best out of it. He drove me to see all the four province in Catalonia and not to forget – Andorra.
Watched the Catalan Castellers and the Festa Major Festival which I enjoyed most. And ofcourse he would stop to show me at little Catalan villages and the Palamos beach of Costa Brava.
And also let me stayed at his place with great hospitality and great food.
Thank you so much Albert!Freedom for Catalonia!
Stepan ‘Idris’ Kubinec…
I would say he is my great friends now. He was my subject of my final project when I was studying documentary film in Prague. A local Czech taxi driver reverted to Islam.
He is currently studying in Madinah. We kept in touch since. And now he is on his summer holidays back in Czech. Thank you for meeting me Idris. Hope to see you soon again!
Couchsurfing buddies in Pnom Penh. Ajin & Laura
b. Couchsurfing
Saya hanya menggunakan couchsurfing pada peringkat awal perjalanan saya di Asia. Malahan saya telah berkenalan dengan Ajin (traveller hitchiker Malaysia) melalui couchsurfing.
Saya post tentang trip saya dan dia tegur serta maklumkan yang dia pernah buat trip yang lebih kurang. Dan dia jugalah merupakan orang pertama yang saya couchsurf di Phnom Penh, Cambodia.
Couchsurfing ini tak semestinya ada tempat untuk tidur tetapi ada juga yang saya jumpa mereka untuk dibawa berjalan-jalan di tempat mereka.
c. Bas dan Keretapi Malam
Biasanya saya akan mencari bas malam sampai pagi jika perjalanan saya melebihi 6 jam. Cara ini sekaligus saya dapat berjimat dari segi kos dan masa.
Bas paling lama saya pernah naik ialah 28 jam dari Luang Prabang, Laos ke Kunming, China. Keretapi paling lama saya pernah naik ialah 44 jam dari Chengdu, China ke Lhassa (Tibet), China.
Adakalanya saya akan bermalam di stesen bas/keretapi jikalau bas/kereta api itu terlalu awal sampai atau terlalu lambat bertolak.
d. Hostel
Jika tiada tempat lain, saya akan tidur hostel. Paling murah saya dapat lebih kurang RM15 semalam untuk sebilik di India dan paling mahal lebih kurang RM100 sekatil di dalam dom hostel. Harga di Eropah agak mahal ketika itu mungkin kerana Summer season dan kebetulan matawang Malaysia jatuh pula ketika itu.
e. Darurat
Ini hanya berlaku semasa gempa bumi di Nepal. Saya telah tidur dekat padang dan airport.
Abang sulung saya datang bersama Mercy Malaysia dan saya telah volunteer untuk membantu bersama mereka di kawasan kampung di Nepal. Ketika itu saya tidur di sekolah yang disediakan.
Makanan pula, sebenarnya mudah sahaja nak mencari makanan halal. Kena usaha sedikit dengan teknologi yang kita ada sekarang.
Google dan ada Apps Islamic (Zabihah) yang boleh locate restoran-restoran halal. Persoalan bagi saya ialah di mana nak mendapat makanan halal yang murah.
Kebanyakan tempat ada kawasan Muslim. Tidak pun, carilah masjid atau pusat Islam dalam kawasan tersebut. Biasanya ada restoran-restoran murah dan halal berdekatan dengan masjid dan kawasan Muslim.
Ada juga tempat yang saya pergi tiada daging halal langsung dan alternatifnya saya telah menjadi vegetarian dan makan seafood sahaja. Apa salahnya, kalau seminggu kita jadi vegetarian?
Kadang-kadang untuk perjalanan malam di dalam bas/keretapi saya telah beli makanan di supermarket seperti roti, keju dan coklat. Air mineral di Asia murah-murah dan simpan lah botol air untuk refill apabila mendapat peluang jumpa air bersih.
Di Eropah pula air pili biasanya bersih kalau tidak bersih dia akan tulis dekat situ. Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa penuh semasa bulan Ramadhan dan dari situ juga saya telah jimat kos makan.
Di sepanjang bulan puasa saya telah berada di negara Iran, Turkey dan negara Balkan yang juga menyambut ramadhan dan banyak rezeki berbuka puasa percuma telah saya terima.
Saman Habiib. Thank you Saman for coming down to Leicester just to meet up with me. I met Saman in 2012 when I was studying in Prague and he was a housemate to my Malaysian friend in Prague.
Saman a British born with proudness of Kurdish routes. He was the person where I learn about Kurdistan and discuss about religion matters. He rented a house with my good friend Jibeng nearby my college in Prague.
I would always stop by their house during breaks and after school or whenever I need a proper toilet. Haha. Saman is a Doctor at Hull which is about 100miles away from Leicester. He came down all the way to Leicester from Hull just to meet up with during his day off. Thank you again Saman.
And thank you to Dan, Akma and little Amanda. Dan & Akma were my Uni-mates in UNITEN, Malaysia from 2003-2008 and we graduated in Bachelors of Engineering.
Dan was one of my housemates back during the University years and I would say one of the closest one because of stuff that we shared in common.
I still remember the days when he first hooked up with Akma and end up getting married. And now little Amanda is in the house.Dan is working in The Hague now while Akma takes care of the little one.
This is the second time Dan had hosted me at his place. The first time when I came down to Singapore when he was working there. Thank you so much Dan & Akma. You are a lovely couple. I wish you guys a happily ever after.
Thank you Kak Berta – married to a Macedonia Muslim. Kak Berta and her Macedonian family gave great hospitality and of course great Asian-Macedonian food for Iftar & Sahur.
The spices that I missed most throughout the trip was fulfilled by Kak Berta. and again Thank you Adeeb for introducing his step family in Labunishta!
My roadtrip gang. So, I met these Malaysians in Sarajevo and they almost wanted to go the same way. So, we decided to rent a car and travel for about two weeks.
Vocket: Di sepanjang pengembaraan, apakah pengalaman paling manis bagi Menk?
Menk: Pengalaman manis memang ada banyak terutamanya apabila dapat jejak langkah di tempat-tempat menarik dengan permandangan indah. Antara pengalaman yang manis juga ialah bila saya dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan baru.
Kawan-kawan yang local telah membawa saya melihat bandar/negara mereka. Mereka sangat meraikan kunjungan saya dan cuba berikan layanan yang terbaik.
Saya sangat menghargai semangat mereka yang bersungguh tunjukkan kecantikan dan keunikan negara mereka dan dengan merekalah saya dapat pengalaman melihat dan merasai kehidupan sebagai local.
Kawan-kawan Malaysia yang saya jumpa juga saya amat hargai. Sambutan baik mereka buat saya rasa seperti ahli keluarga mereka. Mungkin kerana kurangnya orang Malaysia di tempat-tempat yang saya pergi dan apabila orang dari Malaysia datang secara tidak langsungnya mereka akan rasa ‘home‘ dengan kehadiran kita.
‘The first step of going somewhere is to decide that you are not going to stay where you are’- Bosnia Herzegovina
Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran? Apakah perkara paling sukar yang pernah Menk lalui disepanjang pengembaraan ini?
Menk: Kesukaran dan cabaran mungkin dari segi menguruskan masa. Adakalanya kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain hanya ada pada masa tertentu sahaja dan saya terpaksa menguruskan masa mengikut masa jadual kenderaan.
Pernah juga berlaku bas tidak sampai semasa saya nak keluar dari Kathmandu, Nepal selepas berlakunya gempa bumi. 2 hari bas ‘direct’ ke Varinasi, India dibatalkan di saat akhir.
Dengan ini saya tak ada pilihan lain tapi terpaksa menggunakan kaedah lompat 3 bas local dari satu tempat ke tempat yang lain untuk keluar daripada Nepal kerana tempoh visa saya telah tamat. Saya telah overstay visa sehari tetapi dilepaskan di sempadan imegresen kerana faktor gempa bumi.
Di Asia memang banyak berlaku delay daripada jadual untuk kenderaan awam. Apa yang dijanjikan untuk sampai ke destinasi seterusnya memang jarang sekali tepat.
Delay yang paling lama saya hadapi ialah perjalanan keretapi dari New Delhi ke Mumbai. Saya telah mengambil keretapi kelas paling rendah yang sepatutnya hanya 22 jam perjalanannya tetapi kerana ada kerosakan telah berlaku, ia delay selama 8 jam.
Ketika itu, India sedang mengalami heatwave yang teruk sekali. Memang sepanjang perjalanan di dalam keretapi teramat sangat panas dan saya sentiasa berpeluh – seperti berada dalam ‘Moving Microwave’.
Apabila berlakunya cabaran seperti ini, saya terpaksa tukar plan dan uruskan masa semula.
Di Eropah pula hostel hanya boleh ‘check in’ selepas pukul 2pm ke atas dan mereka agak strict dalam perkara in berbanding di Asia. Walaupun saya gemar bergerak pada waktu malam dengan tujuan berjimat, tetapi secara realitinya apabila dapat kerusi yang tegak 90 darjah dan bas penuh dengan orang, memang sukar sekali saya nak tidur.
Ada juga hari yang saya tak tidur malam kerana memang betul-betul tak selesa. Ada kalanya saya sambung tidur di stesen bas atau keretapi kerana tiba terlalu awal pagi atau terlalu lewat malam.
Biasanya, jika saya sampai pagi, saya akan pergi ke hostel dan letak bagpack saya dulu dan pergi explore apa yang saya boleh dahulu dan kebanyakan kalinya saya berada dalam keadaan zombie (tak tidur malam) berjalan-jalan di bawah matahari musim panas.
Saya boleh dikatakan seorang yang kuat makan juga dan oleh itu, saya kerap memerlukan tandas. Tandas juga merupakan antara yang sukar bagi saya. Saya sudah biasa dengan tandas yang selesa di Malaysia.
Tandas-tandas semasa perjalanan di Asia kebanyakannya menjijikkan tetapi nak tak nak saya belajar redah sahaja. Di Eropah pula kebanyakan tandas-tandasnya, tiada pili air.
Saya sudah biasa menggunakan air untuk tujuan pembersihan dan akan rasa kurang selasa bila tiada air. Cara saya atasi perkara ini dengan sentiasa bawa botol air dan baby wipes.
Mungkin masa yang paling sukar yang saya lalui ketika berlakunya gempa bumi di Kathmandu, Nepal. Saya telah mengalami keracunan makanan yang teruk pada hari pertama saya tiba di Kathmandu.
Saya tidak boleh tidur di bilik hostel pada malam pertama kerana kesakitan yang teramat. Hari kedua saya di Kathmandu, saya telah memaksa diri saya untuk keluar kerana perlu menguruskan visa untuk ke negara seterusnya iaitu India.
Pada malam kedua, saya masih mengalami kesakitan tetapi semakin berkurangan. Dan pada hari keesokannya berlakunya gempa bumi. Pada hari itu saya agak ‘lost’ ke hulur hilir tak tahu mana nak pergi atau apa yang perlu dibuat.
Signal telefon sangat terhad. Elektrik di kawasan saya semua putus . Tiada kenderaan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Saya berjaya jumpa satu satu-satunya café yang beroperasi dan mempunyai wifi tetapi teramat perlahan kerana semua orang datang untuk menggunakan wifi-nya.
Suasana memang kelam kabut dan saya berada seorang diri ketika itu. Saya pun masih tergamam dengan apa yang telah berlaku dan tak tahu nak pergi ke mana, cuma hanya menggunakan logik dan mengikut ‘flow’ semua orang sebagai langkah-langkah keselematan.
Keadaan sentiasa menjadi cemas dan menggelabah bagi semua orang apabila berlakunya after shock yang berlaku kerap kali selepas gempa yang pertama.
Alhamdulillah, pada hari kedua saya telah bertemu dengan geng basikal Malaysia (KE7B) dan semenjak itu saya hanya ikut keputusan mereka sehingga lah saya bertemu dengan Mercy Malaysia yang datang dari Malaysia sebagai misi bantuan.
Baca: Pengembara Malaysia Berkongsi Pengalaman Melalui Saat Gempa Bumi Di Nepal
There’s always people sleeping on the grass in the park. One of things I’m gonna miss in Iran.
The camels of pink city Jaipur
Ecstasy of Life? By the suffis of Istanbul
Vocket: Ada pernah lalui peristiwa lucu?
Menk: Peristiwa lucu ada banyak saya boleh ceritakan. Peristiwa-peristiwa ini memang tak lucu semasa berlaku tetapi bila ingat kembali memang luculah jadinya.
Contoh peristiwa lucu ialah semasa perjalanan saya dari Istanbul ke Sofia. Saya ini penggemar makanan yang pedas. Sudah 4 bulan tak rasa masakan ayam masak merah emak saya.
Kebetulan adik ipar saya yang merupakan seorang juruterbang telah bekertugas di Istanbul dan saya pun telah pesan untuk bawa ayam masak merah. Masakan emak saya itu hanya di dalam peti sejuk sehingga lah saya dan adik ipar saya berpisah.
Dia balik Malaysia dan saya pun mahu bergerak ke destinasi setersunya – iaitu bas malam dari Istanbul ke Sofia. Ketika itu semasa bulan Ramadhan dan saya berpuasa.Ini bermaksud saya akan berbuka di dalam bas dan sahur juga di dalam bas.
Masakan mak saya masih separuh beku. Dan peluang untuk dapat peti sejuk selepas ini mungkin kurang. Oleh itu saya membuat keputusan untuk habiskan seekor ayam masak merah saya sepanjang malam berada di dalam bas.
Masalahnya datang kemudian apabila saya sampai di Sofia pada waktu 6 pagi. Saya mengambil keputusan mencari tempat penginapan hostel dahulu. Dan semasa itulah proses penghadaman perut saya bermula kerana makan terlalu banyak pedas dan ia telah menggangu perut saya.
Apabila saya tiba di hostel-hostel di Sofia pula, mereka masih tutup lagi dan hanya buka selepas tengah hari. Kedai makan mereka masih belum buka sehingga pukul 10am.
Memang lintang pukang kelam kabut lah perjalanan saya. Saya akan berehat untuk duduk setiap kali terasa mahu ke tandas dan boleh dikatakan banyak kali juga lah sampai cramp punggung saya.
Selepas berrjalan ke hulur hilir selama 4 jam mencari hostel dan sebanyak 7 hostel yang saya telah pergi redah dan akhirnya saya berjaya jumpa hostel yang buka.
Dan segala penderitaan tamat di situ. Dari situ, saya telah belajar untuk mengawal pengambilan makanan pedas terutama semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
As I was walking towards the beach a Scottish man saw my six senth shirt and said that I have a good shirt on and we ended up chatting. And so he told me that he been traveling for 30 years and was once in jail in Bali for a year.
He also said that his brother is a famous cook. I didn’t believe him at first but I do see some similarities. Later I looked up on the internet that he is Kenny Jones Ramsay – brother to Gordon Ramsay.
Vocket: Bagaimana pula dari segi orang-orang yang Menk temui di jalanan. Siapakah yang paling Menk ingati dan kenapa?
Menk: Ramai orang saya temui semasa perjalanan dan ramai yang saya akan ingat sampai bila-bila. Terutamanya kawan-kawan baru dan lama yang memberi tempat penginapan untuk saya.
Dengan merekalah perhubungan saya menjadi rapat kerana ada masanya kita akan berborak panjang dan mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam. Ada juga travel buddies yang jadi rapat dengan saya sewaktu kami bergerak bersama-sama ke sesuatu destinasi.
Himalayas from the China side
Yes that’s Everest that you are seeing!
Vocket: Adakah travel kali ini adalah sebahagian daripada impian Menk?
Menk: Ya, travel kali ini adalah sebahagian daripada impian saya kerana sebenarnya saya sudah pun merancang untuk lakukan ini sejak 2009 bersama 2 rakan baik saya.
Kami telah merancang bersama untuk menghasilkan sebuah dokumentari. Malangnya kami tidak berjaya mendapatkan funding. Lama-kelamaan harapan untuk projek ni mula menjadi pudar dan masing-masing sudah mula move on. Dah 7 tahun berlalu dan saya ambil keputusan untuk melakukannya sendiri.
Vocket: Menk lebih suka travel solo atau secara berkumpulan?
Menk: Saya sukakan gabungan 2 elemen ini iaitu travel solo dan secara berkumpuan. Dua-dua cara ada kelebihan dan kekurangannya.
Apabila travel solo – saya bebas membuat keputusan untuk langkah seterusnya dan saya dapat bergerak dengan flow saya sendiri. Mudah juga untuk saya crash di tempat orang bila saya bergerak secara solo.
Secara berkumpulan pula – keadaan lebih ceria bila dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dan dari segi keselamatan juga lebih bagus.
Kita juga boleh buat kerja bersama-sama secara berkumpulan, contohnya – seorang boleh jaga beg dan seorang lagi cari tempat tidur.
Sepanjang perjalanan saya, ada masa saya travel secara berkumpulan tetapi paling lama pun 2 minggu sahaja.
Travel secara solo sebenarnya kita dapat lebih mengenali diri sendiri dan kita akan belajar menyelesaikan masalah dengan sendiri. Apabila ditimpa kesusahan atau masalah, nak tak nak kita perlu mara ke hadapan juga.
My bunk for the first night. 11 hours ride. These are all the gadjets I bring along when I started the journey. Later I have to sell and let them go.
Vocket: Nampaknya selain dari gambar-gambar menarik, Menk juga banyak berkongsi video. Apa rancangan Menk seterusnya dengan gambar dan video-video tersebut selepas tamatnya pengembaraan nanti?
Menk: Saya tak ada perancangan yang pasti dengan gambar-gambar dan video-video ini. Pada asalnya saya memang ada niat nak mendokumentasikan perjalanan saya secara visual.
Pada peringkat awal perjalanan sebenarnya saya ada bawak peralatan yang lengkap untuk mendokumentasikan secara video, tetapi selepas 2 minggu perjalanan saya sedar bahawa perkara ini telah membebankan secara fizikal dan mental.
Oleh kerana peralatan ini berat dan perlukan casingnya tersendiri, ia sebenarnya menghadkan pergerakan saya. Dari segi keselamatan pula, peralatan ini boleh menarik perhatian ramai,lagi-lagi saya yang bergerak secara solo.
Dari segi mental pula, saya dah mula rasa macam kerja pula kerana saya sudah biasa fikir macam mana nak dapatkan gambar dan cerita yang terbaik. Kadang-kadang ada juga masa bila situasi itu menarik tetapi disebabkan faktor keselamatan, saya tak berani dedahkan equipment saya di khalayak ramai.
Secara tidak langsung, saya tidak dapat nikmati pengembaraan saya sepenuhnya apabila saya perlu fokus terhadap perkara-perkara ini. Senario mungkin akan menjadi berbeza jika saya bergerak secara berkumpulan sepanjang perjalanan.
Selepas itu, saya telah membuat keputusan untuk jual peralatan saya dan menggantikannya dengan peralatan yang lebih flexible, iaitu smartphone dan GoPro.
Gambar-gambar dan video-video semua yang dihasilkan daripada smartphone dan GoPro, bagi saya tidak cukup untuk menghasilkan dokumentari yang professional. Buat masa sekarang ini, gambar-gambar dan video-video hanya digunakan secara peribadi dan kemungkinan saya akan upload di internet nanti.
And this is my ride for the great day. And the best way to get up in the alps is by a motorbike. It surely an awesome ride!
Alberts favourite lagoon in Palamos, Catalonia
And so this is the latest discovery which brought Leicester back to the British history.
On 24 August 2012, the University of Leicester and Leicester City Council, in association with the Richard III Society, announced that they had joined forces to begin a search for the remains of King Richard.
Originally instigated by Philippa Langley of the Society’s Looking For Richard Project and led by University of Leicester Archaeological Services (ULAS), experts set out to locate the lost site of the former Greyfriars Church (demolished during Henry VIII’s dissolution of the monasteries), and to discover whether his remains were still interred there.
By comparing fixed points between maps in a historical sequence, the search located the Church of the Grey Friars, where Richard’s body had been hastily buried without pomp in 1485, its foundations identifiable beneath a modern-day city centre car park.
Menk: Selain dari fotografi, apakah lagi aktiviti lain yang Menk gemari dan telah lakukan sebelum ini?
Menk: Saya memang gemar dengan aktiviti outdoors dan sukan-sukan extreme. Sebelum ini saya rajin pergi ke Cherating dan Bali untuk melakukan aktiviti surfing.
Saya juga berminat dengan aktiviti hiking dan saya pernah mendaki Gunung Kinabalu. Senang cerita, saya gemar aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri saya dengan alam semulajadi terutamanya laut.
Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang ingin berhenti kerja dan travel seperti yang telah Menk lakukan ini?
Menk: Saya tak galakkan sesiapa berhenti kerja dan travel seperti saya kerana ia agak berisiko tinggi. Pada masa sekarang ini memang susah nak dapat kerja dengan gaji yang okay.
Cara saya travel ini kerana faktor network saya berkawan semenjak kecil lagi. Tetapi jika betul-betul berminat untuk travel long term, kita kena lepak minum kopi bersama dahulu, baru saya boleh bagi tips. Bagi saya, rezeki kita semua datang secara berlainan. Kita hanya perlu bijak menguruskannya.
Inside the Basilica of Santa Maria
San Marino is an enclaved microstate surrounded by Italy, situated on the Italian Peninsula on the north-eastern side of the Apennine Mountains. Its size is just over 61 km2 and has an estimated population of about 32,000.
And last but not least – the longest and biggest needle I’ve encountered in Dublin.
Vocket: Ada info tambahan yang ingin dikongsikan?
Menk: Saya tak ada apa lagi yang ingin saya dikongsikan tetapi saya hanya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya baru dan lama kerana telah hadir dan memudahkan trip saya ini dari mula sampai akhir walaupun pertemuan kita sekadar berkawan sahaja.
Terima kasih terutamanya kepada ibubapa dan keluarga saya kerana memahami sebab saya melakukan travel ini dan telah memberikan sokongan moral.
Terima kasih juga follower saya di Instagram dan Facebook kerana apabila saya travel seorang diri, memang banyak kali saya berasa sunyi dan kamu semualah peneman saya ketika itu.
Gambar-gambar saya pun sebelum ini tidak ada banyak penjelasan secara peribadi kerana penggunaan internet yang terhad semasa perjalanan saya. Selepas ini, Insyaallah saya akan post gambar dan video throwback dan menceritakannya secara terperinci.
Thank you Leicester. I’ve reached my final destination. Completed my dream. So, what is next for me?
Vocket ucapkan terima kasih kepada Menk untuk perkongsian kali ini. Mudah-mudahan ia dapat menjadi inspirasi untuk anda turut keluar mengembara dan kembali sebagai seorang yang lebih matang dan dapat melihat segala peristiwa yang berlaku dari sudut yang lebih positif.
Menk akan berkongsi dan menulis dengan lebih lengkap tentang pengembaran beliau ini di Instagram dan Facebook page beliau. Anda boleh follow Menk di Instagram: Routexplorers dan di Facebook Page: Routexplorers.
Baca lagi: Setelah Setahun Travel, Gadis Ini Berkongsi Rahsia Bagaimana Beliau Menabung