Bagi pengguna tegar Instagram, pasti anda sudah tahu tentang feature terbaru Instagram ini. IGTV ini sudah boleh diakses sejak semalam dan bakal memberi saingan hebat kepada laman YouTube.

Menarik tentang IGTV ini adalah ianya bakal mengubah cara kita menonton video. Format video secara menegak akan menjadi trend terbaru selepas ini.

IGTV vertical

igtv new

Semalam, Instagram mencatatkan bilangan pengguna aktif tertinggi iaitu sebanyak 1 billion selepas pengumuman IGTV. Ianya peningkatan sebanyak 200 juta pengguna menggunakan Instagram berbanding bulan yang sebelumnya.

Lebih menarik adalah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg jadi USD1.7 billion lebih kaya dalam masa sehari selepas harga saham Facebook naik 2.3 peratus selepas pengumuman IGTV ini. Facebook membeli Instagram pada tahun 2012 pada harga USD1 billion (pada ketika itu Instagram cuma mempunyai 30 juta pengguna sahaja) dan nampaknya ianya kini sudah membuahkan hasil.

Ianya satu pencapaian baharu untuk Instagram dan bakal menjadi platform terbaru untuk para content creator menghasilkan lebih banyak kandungan berkualiti di Instagram. Ada yang sudah cuba fungsi terbaru Instagram ini?

Sumber