Banjir besar yang berlaku di Hat Yai, Thailand baru-baru ini telah menyebabkan kerugian bukan pada penduduk setempat sahaja, bahkan ia turut melibat para pelancong dari Malaysia.
Menurut salah seorang ahli kelab kereta yang terkandas baru-baru ini, kos untuk menunda setiap kereta yang terjejas dari hotel penginapan ke pusat servis di Alor Setar menelan belanja sekitar RM1,100, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- Semua Kenderaan Banjir Ditunda Dari Hat Yai Kena Lalui ‘Pemeriksaan Khas’ AKPS

- Amaran Banjir Tahap Merah, Proses Selamatkan Lebih 1,000 Pelancong Malaysia Di Hat Yai Terbantut

- ‘Sanggup Tolong Warga Tempatan Juga’ – Rakyat Hatyai Kagum Dengan Kebaikan Pasukan Penyelamat Malaysia

Seorang ejen insurans, Ammar Wafiy Johari berkata insurans yang dibeli untuk masuk ke Thailand seperti compulsory insurance (CI), voluntary insurance (VI) dan travel insurance (TI) tidak melindungi kenderaan yang terbabit bencana.
Kata beliau, ramai rakyat Malaysia yang memandu kenderaan sendiri masuk ke Thailand tidak melanjutkan insurans sedia ada di Malaysia bagi perlindungan di luar negara.
“Hanya jika mereka menambah perlindungan Extension 101 (E101) daripada polisi insurans sedia ada di Malaysia dengan perlindungan tambahan untuk bencana, barulah mereka dilindungi,” katanya.
Apa itu perlindungan Extension 101 (E101)?
Extension 101 (E101) ialah tambahan dalam polisi insurans kereta yang mengaktifkan perlindungan kenderaan anda semasa memandu di Thailand.
Tanpa extension ini, polisi kereta biasa di Malaysia hanya sah dalam negara, jadi sebarang kemalangan di Thailand tidak akan dilindungi oleh insurans asal anda.
Dengan Extension 101, anda dapat perlindungan asas seperti liabiliti terhadap pihak ketiga di Thailand — contohnya kalau anda terlanggar kereta orang atau rosakkan harta benda mereka.
Bergantung pada jenis polisi (Comprehensive atau Third-Party), ada juga kes di mana sebahagian kerosakan pada kereta anda sendiri turut dilindungi, tetapi ini ikut syarat polisi masing-masing.
Walaupun sudah ada E101, pemandu lazimnya tetap disarankan untuk beli Compulsory Thai Motor Insurance, sebab Extension 101 tidak selalu cover kecederaan tubuh badan pihak ketiga di Thailand.
“Bencana banjir besar yang berlaku baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran kepada orang ramai untuk melanjutkan polisi insurans sedia ada di Malaysia dengan perlindungan bencana sebelum ke Thailand,” kata Ammar Wafiy.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.