Kelab yang dimiliki oleh David Beckham, Inter Miami dipilih sebagai wakil kepada Amerika Syarikat untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab FIFA yang akan berlangsung pada 2025.
Perkara ini diumumkan oleh Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino selepas Miami memenangi MLS Supporters’ Shield edisi 2024 sekaligus layak ke saingan itu sebagai pasukan ke-31 dalam edisi tahun hadapan.
Baca Juga:
- VIDEO: Kecewa Tak Dapat Penalti, Messi Naik Angin Maki Pengadil
- Tiada Ronaldo Dan Messi, Ini Senarai Calon Ballon d’Or 2024
- ‘Terima Kasih Messi’ – Arif Aiman Ziarah Faisal Halim
“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebagai salah satu kelab terbaik di dunia, Miami layak menjadi peserta Piala Dunia Kelab FIFA 2025 sebagai kelab tuan rumah yang mewakili Amerika Syarikat,” kata Infantino.
Akan tetapi, keputusan ini mencetuskan persoalan di kalangan peminat bola sepak dimana Inter Miami menjadi pilihan FIFA kerana kelibat salah seorang pemainnya iaitu Lionel Messi.
🚨🚨 I can bet my life on it the 2025 Supporters shield winners will not qualify for the FIFA CWC. This was only done to favor Messi.
Come back to this tweet in one year time. https://t.co/4d9tZC4S08
— fan (@NoodleHairCR7) October 20, 2024
Di laman media sosial, ramai yang menuduh Miami mendapat tempat dalam saingan Piala Dunia Kelab kerana Messi merupakan anak emas FIFA dan itu merupakan satu-satunya sebab mengapa mereka dipilih sebagai wakil tuan rumah.
Kejohanan ini berlangsung pada 15 Jun hingga 13 Julai tahun hadapan dengan perlawanan akhir dijadualkan di Stadium MetLife New Jersey yang juga menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia 2026.
Negeri lain yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab ialah Atlanta, Cincinnati, Nashville, Charlotte, Orlando, Los Angeles, Philadelphia, Washington dan Seattle.
Dua belas kelab dari Eropah akan beraksi dalam Piala Dunia Kelab. Mereka ialah Atletico Madrid, Bayern Munich, Benfica, Borussia Dortmund, Chelsea, Inter Milan, Juventus, Manchester City, Paris Saint-Germain, Porto, Real Madrid dan Salzburg.
31/32 👀#TakeItToTheWorld | #FIFACWC pic.twitter.com/Wv8ve1eTuJ
— FIFA Club World Cup (@FIFACWC) October 20, 2024
Pasukan lain yang telah layak termasuk Boca Juniors, Flamengo, Fluminense, Palmeiras dan River Plate dari Amerika Selatan; Leon, Monterrey, Pachuca dan Seattle Sounders dari Amerika Utara; Al Ahly, Esperance, Mamelodi Sundowns dan Wydad dari Afrika; Al-Hilal, Al Ain, Ulsan dan Urawa dari Asia; dan Auckland City dari Oceania.
Pasukan terakhir yang bakal mengambil bahagian dalamPiala Dunia Kelab akan diberikan kepada pemenang perlawanan akhir Conmebol Libertadores pada 30 November di Buenos Aires.