Semua model iPhone 16 yang akan datang dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 45W menggunakan USB type C.

Perkara itu disahkan oleh China Quality Certification Centre. Itu bermakna pengguna iPhone akan menikmati pengecasan pantas yang mampu menjimatkan lagi masa mereka untuk mengecas bateri.

ShrimpApplePro menerusi perkongsian di X, telah memaparkan pensijilan untuk komponen bateri dan pengecasan iPhone 16. Yang dilihat telah melakukan ujian dengan kuasa 5-15 volts, 3 amps, yang boleh mengecas dengan kelajuan sehingga 45W.

Ini bermakna, kelajuan pengecasan terbaru ini lebih daripada 50% lebih pantas daripada iPhone 15 yang mencapai had pengecasan 29W, dan laporan tersebut menyatakan amat sukar untuk iPhone 15 mencapai had 30W dalam pengecasan pantasnya.

Buat masa ini Apple masih belum memberikan komen tentang pengecasan pantas telefon baharu mereka. Namun mereka sudah mengesahkan bahawa MagSafe boleh mengecas sehingga 25W, jika menggunakan adapter kuasa yang betul. Tetapi tiada sebarang komen tentang pengecasan dengan wayar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iPhone telah berjaya meningkatkan kuasa pengecasannya kepada 25W dan menghampiri 30W.

Namun Apple sudah secara rasmi menyatakan bahawa pengguna iPhone dijamin akan mendapat pengecasan pantas 20W dengan teknologi Type C.

Apple mengumumkan pada Isnin lalu bahawa produk siri iPhone 16 boleh mulai dipra-tempah pada Jumaat. Dan penghantaran untuk pra-tempahan awal ini dijangka akan sampai ke tangan pembelinya pada 20 September.

Apple turut mengumumkan beberapa lagi inovasi baharu dalam iPhone 16 termasuk, butang kawalan kamera dan juga teknologi untuk ‘pause’ ketika rakaman video yang akan diterima oleh semua peranti yang menerima kemaskini iOS18.

Selain itu Apple juga mengumumkan bahawa iPhone 16 akan diperkasakan lagi teknologi Apple Intelligence dan layar skrin yang lebih besar,