Peranti iPhone sering menjadi pilihan ramai kerana nilai jualan semula yang tinggi. Bukan sahaja ia boleh beroperasi dengan baik malahan masih menerima kemas kini perisian terkini untuk peranti yang sudah berusia beberapa tahun lamanya.

Perkara ini berjaya dibuktikan dengan dapatan kajian oleh bankmycell yang mendapati telefon pintar keluaran Apple kekal lebih bernilai berbanding telefon pintar Android untuk empat tahun berturut-turut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: bankmycell

Menurut bankmycell, bermula tahun pertama hingga tahun keempat pengeluaran, purata kerugian tahunan iPhone baharu adalah sebanyak -14.80% daripada nilai tukar beli asalnya. Manakala, kehilangan nilai tukar beli dari harga asal untuk peranti Android pula sebanyak -32.80%.

Antara tahun 2021 sehingga 2022, purata kerugian nilai tukar beli bagi iPhone adalah -21.39%. Sementara purata kerugian nilai tukar beli bagi Android pula mencrcah sehingga -39.17% dengan nilai tukar beli bagi telefon pintar Samsung muncul yang terendah.

bankmycell turut menyatakan pengguna dengan peranti iOS boleh menjangkakan pulangan tukar beli yang selesa dalam tempoh 12-36 bulan pertama keluarannya. Kehilangan hanya sebanyak -33.95% daripada nilai beli balik asalnya menjelang akhir tahun ketiga.

Sebaliknya buat peranti Android flagship  yang mana mengalami purata kehilangan sebanyak -67.87% dalam tempoh yang sama. Malah, susut nilai tahun ke tahun secara konsisten mencatatkan purata kehilangan sehingga dua kali ganda berbanding iPhone.

Sumber