Philip Morris Malaysia Sdn Bhd (PMM), anak syarikat kepada Philip Morris International (PMI), baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi IQOS ILUMA i di Malaysia.
Siri IQOS merupakan sistem pemanasan tembakau terkemuka di dunia – dan ILUMA i menjadi inovasi terkini dalam rangkaian produk bebas asap rokok untuk golongan dewasa.
Siri baharu IQOS ILUMA i ini menawarkan tiga jenis peranti di Malaysia iaitu IQOS ILUMA i PRIME, IQOS ILUMA i dan IQOS ILUMA i One dan kesemua peranti ini hadir dengan pelbagai ciri baharu yang boleh disesuaikan.
“Sebagai juara dalam usaha dunia bebas asap rokok, kami komited untuk menyampaikan alternatif saintifik kepada perokok dewasa.
“Kami menggunakan inovasi, kepakaran global, dan saluran komersial untuk menawarkan pilihan yang lebih baik,” kata Naeem Shabbir Khan, Pengarah Urusan PMM & Singapura.
Naeem menjelaskan, dua tahun lalu di negara ini, IQOS ILUMA telah merevolusikan kategori ini dengan memperkenalkan teknologi pemanasan induksi yang memanaskan tembakau dari dalam tanpa sisa tembakau dan tanpa perlu membersihkan peranti.
Sedekad penuh makna
Selama sedekad, portfolio bebas asap PMI termasuk IQOS telah memberi kesan positif kepada berjuta perokok dewasa.
Di Jepun, lebih satu pertiga perokok dewasa kini menggunakan IQOS sejak ia diperkenalkan.
Menurut data suku pertama PMI 2025, 42% daripada keseluruhan hasil global mereka kini datang daripada produk bebas asap, yang tersedia di 95 pasaran dunia.
“IQOS ILUMA i adalah produk paling inovatif kami setakat ini, dan mewakili bukti kejayaan pendekatan berasaskan maklum balas pengguna,” ujar Oggie Kapetanovic, Presiden Heat-Not-Burn Platforms PMI.
Seperti peranti IQOS terdahulu, IQOS ILUMA i menghasilkan secara purata 95 peratus tahap bahan kimia berbahaya yang lebih rendah berbanding rokok.
*Hanya untuk penggunaan orang dewasa; produk ini bukan bebas risiko (pengurangan 95% tidak semestinya bermaksud pengurangan risiko sebanyak 95%) dan masih mengandungi nikotin, yang bersifat ketagihan.