Sejak berdekad lamanya, tabiat merokok masih lagi menjadi pilihan buat segelintir individu. Meskipun diakui tabiat ini nyata membawa kemudaratan, jumlah perokok dilaporkan masih lagi tinggi pada ketika ini.

Menerusi laporan World Health Organization, jumlah perokok dianggarkan akan mencecah lebih 1 bilion seluruh dunia menjelang tahun 2025 kelak.

Bagi para perokok, tentunya anda pernah memiliki keinginan atau niat untuk berhenti merokok sepenuhnya bagi mengelakkan gejala yang lebih serius terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. Ini amatlah baik kepada perokok yang dah berjaya berhenti merokok tetapi bagi perokok yang masih gagal untuk berhenti bolehlah menggunakan alternatif kepada produk merokok.

Dalam pada itu, kehadiran produk-produk alternatif merokok seperti vape atau rokok elektronik dan peranti pemanas tembakau atau heated tobacco device dikatakan mampu dijadikan alternatif yang lebih baik berbanding dengan terus merokok.

Soalnya, sejauh manakah kebenarannya? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut.

Rokok konvensional

Sumber: Business Recorder

Untuk pengetahuan semua, rokok biasanya dibakar dengan api dan suhu rokok itu boleh mencecah 850°C. Rokok yang dibakar itu menghasilkan abu dan asap yang boleh mengganggu orang disekeliling perokok itu.

Tambahan pula, asap rokok yang dikeluarkan mengandungi beribu-ribu bahan kimia berbahaya termasuk tar dan karbon monoksida yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius khususnya melibatkan bahagian kardiovaskular.

Vape

Mulai dipopularkan sekitar dua dekad lalu, penggunaan vape atau e-cigarette dilihat sebagai alternatif kepada para perokok.

Tidak seperti rokok konvensional, vape ini beroperasi dengan menggunakan prinsip pengewapan dan bukannya pembakaran di mana peranti ini memanaskan larutan cecair yang mengandungi nikotin serta perasa untuk menghasilkan aerosol yang boleh disedut.

Meskipun terdapat laporan daripada John Hopkins Medicine yang berpendapat vape sebagai alternatif yang lebih selamat, persoalan masih berlarutan mengenai kesan kesihatan jangka panjangnya khususnya melibatkan penggunaan nikotin.

Heated Tobacco Product

Sumber: Iqos

Seperti namanya, peranti pemanas tembakau atau heated tobacco device hanya memanaskan tembakau menggunakan teknologi yang tersedia. Disebabkan ia tidak melibatkan proses pembakaran, peranti pemanas tembakau tidak menghasilkan asap dan abu. Sebaliknya, ia hanya melepaskan aerosol bernikotin yang, menurut Dr.Tom McGrath, Ketua Saluran Profesional

Global PMI, dalam aerosol sistem pemanasan tembakau, tahap bahan kimia berbahaya dan berpotensi berbahaya ini secara purata dikurangkan sebanyak 90-95% berbanding dengan asap rokok.

Hal ini membuatkan pengguna peranti tersebut tidak perlu bimbang tentang abu yang berterbangan di merata-rata tempat atau bau yang melekat pada badan, bilik, atau kereta.

Peranti pemanas tembakau atau heated tobacco device dikategorikan sebagai alternatif yang lebih baik daripada rokok, meskipun ianya bukan bebas risiko kerana ianya masih menyebabkan ketagihan.

Namun, perlu diingatkan bahawa nikotin bukan punca utama bagi komplikasi kesihatan yang berkait dengan tabiat merokok. Sebaliknya, bahan kimia berbahaya yang dibebaskan dalam asap rokok adalah puncanya.

Produk-produk yang disebutkan hanyalah untuk penggunaan dewasa yang mahu mengurangkan kemudaratan tetapi tidak berupaya berhenti penggunaan nikotin sepenuhnya.