Jika anda seorang dewasa yang merokok, pilihan terbaik bagi anda adalah untuk berhenti sepenuhnya. Tetapi jika anda belum lagi bersedia untuk berhenti, beralihlah ke produk alternatif tanpa asap.

Kebelakangan ini, ramai perokok sudah beralih ke produk alternatif tanpa asap seperti peranti pemanas tembakau atau “tobacco heating device”.

Soalnya, boleh pakai ke? Dan apakah bezanya rokok biasa dengan alternatif tanpa asap? Mari kita terokai bersama-sama.

Rokok menggunakan api

Untuk pengetahuan semua, rokok biasanya dibakar dengan api pada suhu mencecah 850°C. Ia mengeluarkan abu dan asap yang boleh mengganggu orang lain.

Tambahan pula, asap yang dikeluarkan rokok mengandungi beribu-ribu bahan kimia berbahaya, termasuk bahan-bahan yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

Peranti ini hanya memanaskan tembakau

Peranti pemanas tembakau seperti IQOS ILUMA yang baru hanya memanaskan (pada sekitar 365°C), dan bukan membakar, tembakau dengan teknologi SMARTCORE INDUCTION SYSTEM™.

Disebabkan itu, IQOS mengeluarkan dedahan bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding rokok.*

[MAKLUMAT PENTING: IQOS ILUMA bukan bebas risiko]

*Penurunan kepada tahap 9 bahan kimia berbahaya yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi pengurangan dalam asap rokok, dan tidak termasuk nikotin. Lihat Maklumat Penting di IQOS.com

Lebih bersih, dan tak perlu dibersihkan

Salah satu kelebihan IQOS ILUMA adalah ia tidak menghasilkan bau asap rokok. Ia hanya melepaskan aerosol yang kurang berbau berbanding asap rokok.

Kerana peranti ini tidak membakar dan tidak menggunakan api, pengguna IQOS juga tidak perlu bimbang tentang abu yang berterbangan di merata-rata tempat atau bau yang melekat pada badan, bilik atau kereta.

Dan tidak seperti peranti IQOS sebelumnya, generasi IQOS ILUMA tidak direka dengan bilah pemanas. Jadi, pengguna tidak perlu bimbang tentang isu bilah terpatah ataupun sisa-sisa tembakau yang perlu dibersihkan.

Bukan bebas risiko

Jangan tersalah faham. Walaupun peranti pemanas tembakau boleh dikatakan sebagai alternatif yang lebih baik, ianya bukan bebas risiko. Ia tetap memberikan nikotin, yang boleh menyebabkan ketagihan.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa nikotin bukan punca utama bagi komplikasi kesihatan yang berkait dengan tabiat merokok. Di sebaliknya,bahan kimia berbahaya yang dilepaskan dengan asap rokok adalah puncanya.

IQOS ILUMA hanya untuk perokok dewasa. Jika anda bukan perokok, janganlah teringin nak cuba.

Jika anda memerlukan informasi lanjut tentang peranti pemanas tembakau seperti IQOS ILUMA, anda boleh membacanya di sini. Anda perlu berusia 18 tahun ke atas untuk mengakses info di portal ini.

Semoga perjalanan tanpa asap anda dipermudahkan!

*IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS™ generasi terdahulu atau mana-mana peranti lain kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda. Maklumat lanjut di www.iqos.com.

Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.