Kecoh di media sosial semalam apabila tular sebuah video yang menunjukkan salah satu peluru berpandu Iron Dome yang gagal berfungsi dan berpatah balik ke arah kawasan penduduk penempatan di Rishon LeZion di selatan Tel Aviv.

Dapat dilihat misil roket menerangi langit Tel Aviv pada malam tadi dan lalu mendarat di sekitar kawasan tersebut sehingga merosakkan harta benda awam. Bagaimanapun, tiada laporan kematian akibat insiden tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Askar Israel juga mengakui bahawa Iron Dome mengalami kegagalan berfungsi sehingga menyebabkan misilnya jatuh di kawasan penduduk penempatan di Rishon LeZion.

Ironiknya, selepas mengebom Hospital Baptis Al-Ahli awal bulan ini di Gaza hingga mengakibatkan hampir 500 orang awam terbunuh, penduduk Israel bagaimanapun mendakwa bahawa pembunuhan tersebut terjadi akibat roket Palestin yang ‘”tersasar”.

Saluran Israel 13 melaporkan bahawa Iron Dome tidak berkesan melawan roket tentera Lebanon kerana masa tindak balas yang sangat singkat -sehingga roket ditembak dari selatan Lebanon ke Kiryat Shmona yang terletak agak dekat.

Selain itu, pada awal minggu ini, wartawan Israeli dari i24 melaporkan bahawa Sderot tidak akan lagi dilindungi oleh sistem Iron Dome.

Wartawan yang tiba di penempatan pendudukan kurang dari satu kilometer dari Jalur Gaza mengatakan bahawa kini bandar tersebut telah menjadi ‘bandar hantu’.

Dia turut melaporkan pasukan Israel memberitahu krew i24 bahawa bandar tersebut tidak akan lagi dilindungi oleh bateri Iron Dome untuk mengekalkan penangkap roket itu bagi kawasan-kawasan tertentu.

@hamosh1984

#palestine #lebanon #gaza #freepalestine

♬ original sound – Hamosh84

Untuk makluman, sistem Iron Dome adalah sistem pertahanan udara mudah alih tercanggih di dunia yang mana boleh memintas serta memusnahkan roket malah daripada pelbagai arah secara serentak.

Agak terkejut juga mengetahui sistem roket secanggih ini pun boleh mengalami kerosakan seperti ini. Boleh jadi ini juga salah satu “keajaiban” yang mahu ditunjukkan oleh Sang Penguasa kepada hambanya.