Pada tahun lalu YouTuber, Isa Isarb mencetus cakap-cakap warganet apabila dia mendakwa telah membeli sebuah rumah banglo mewah bernilai RM9.7 juta.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh seorang pelabur hartanah terkemuka, Ishaq Marazi di mana beliau menyatakan YouTuber itu cuma menyewa sahaja daripada pemilik asal.
Baca Juga:
- Dilabel Pemfitnah, Ini Alasan Pelabur Hartanah Berpendapat Isa Isarb Hanya Sewa Rumah
- Didakwa ‘Kantoi’ Sewa Banglo Bukan Beli, Ini Penjelasan Isa Isarb
Namun Isa Isarb memuat naik video menyatakan dia dalam proses untuk membeli rumah banglo itu dan prosesnya mengambil masa yang agak lama.
Dalam satu hantaran terbaharu pelabur hartanah itu, beliau menyatakan YouTuber tersebut sudah pun keluar daripada rumah yang disewa itu.
Menerusi tangkap layar dikongsikan, pemilik asal mahu menjual banglo mewah tersebut pada harga RM10 juta.
Banglo berkeluasan 16,000 kaki persegi itu mempunyai tujuh bilik tidur dan sembilan bilik air. Satu kaki persegi kawasan tanah itu berharga RM625.
Menurut Ishaq sekiranya ada individu yang berminat untuk membeli rumah tersebut, bolehlah menghubunginya.