YouTuber Isa Isarb mencetus fenomena baru-baru ini apabila mendakwa telah berjaya membeli sebuah rumah banglo di kawasan elit dengan harga mencecah RM9.7 juta.

Rumah tersebut difahamkan akan dijadikan sebagai lokasi untuk mereka menghasilkan konten bersama kumpulan mereka.

Baca Juga:

Di sebalik kerancankan beliau mempromosikan konten beliau serta iklan melibatkan judi, tular sebuah perkongsian daripada seorang pelabur hartanah yang memaklumkan YouTuber bukannya beli seperti yang didakwa namun sekadar sewa sahaja.

Tambah perunding hartanah yang dikenali dengan nama Ishaq Marazi di Facebook, beliau memaklumkan kadar sewa rumah banglo jenis glasshouse ini adalah sekitar RM18,000 sehingga RM22,000 sebulan.

Perkongsian beliau yang tular telah mendapat perhatian YouTuber Isa Isarb yang tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan yang tular.

@isaisarbofficial

Ayyoqqq, ini pun boleh jadi hal ahhh !

♬ original sound – Isa Isarb – Isa Isarb

Menurut Isa Isarb, beliau sememangnya berhajat untuk membeli rumah tersebut namun proses pembelian mengambil tempoh yang panjang.

Hal ini membuatkan beliau memilih untuk menyewa terlebih dahulu sehingga proses pembelian rumah bernilai RM9.7 juta ini selesai.

Mengulas mengenai kos operasi, Isa memaklumkan beliau pada ketika ini menyewa rumah tersebut dengan nilai RM20,000 sebulan, kos maintenance rumah pula sekitar RM10,000 sebulan dan bil elektrik sebulan pula mencecah RM15,000 sebulan.

Isa memaklumkan sekiranya beliau mampu membayar kos operasi sebulan mencecah RM45,000 sebulan bermakna beliau tidak ada masalah untuk membeli rumah tersebut dengan bayaran bulanan sekitar RM35,000 sebulan.

Beliau turut mempersoal kembali mengapa terdapat pihak yang kurang senang beliau menyewa di rumah tersebut. Sementara itu, bilakah proses pembelian rumah yang didakwa dibeli Isa Isarb berjumlah RM9.7 juta ini akan selesai masih lagi menjadi misteri.